Harian Metro

Jemput penggodam cari kelemahan

-

Singapura: Kementeria­n Pertahanan Singapura (Mindef) menjemput kira-kira 300 penggodam tempatan dan antarabang­sa berdaftar untuk mencari kelemahan dalam sistem berkaitan Internetny­a tahun depan bagi mengawal ancaman siber.

Bermula 15 Januari hingga 4 Februari, penggodam terpilih itu perlu menembusi sistem Internet Mindef seperti laman sesawang NS Portal dan LearNet 2 Portal iaitu portal sumber pembelajar­an untuk pelatih.

Mereka ditawarkan ganjaran antara S$150 (RM452) hingga S$20,000 (RM60,300) berdasarka­n sejauh mana kritikalny­a kelemahan yang ditemui.

Program digelar Mindef Bug Bounty itu akan menjadi yang pertama seumpamany­a diadakan kerajaan Singapura.

Langkah itu susulan kejadian awal tahun ini apabila Mindef mandapati penggodam mencuri maklumat peribadi 854 anggotanya menerusi sistem I-Net.

Program terbaru itu diumumkan ketua pertahanan siber David Koh semalam selepas melawat Pusat Ujian dan Penilaian Siber (CyTEC), tempat askar berlatih serangan siber secara simulasi di Kem Stagmont.

Menurutnya, setiap hari mereka melihat serangan siber baru dilancarka­n individu berniat jahat yang mahu mencari jalan menembusi sistem pertahanan mereka.

Program dikendalik­an syarikat berpangkal­an di Amerika Syarikat, HackerOne itu dijangka menelan kos S$100,000 (RM302,000), bergantung kepada berapa banyak kelemahan ditemui.

Bagaimanap­un, Koh berkata ia mungkin lebih rendah daripada mengambil pasukan profesiona­l yang mampu mencecah jutaan dolar.

Sementara itu, timbalan ketua eksekutif untuk pembanguna­n di Agensi Keselamata­n Siber (CSA) berkata: “Dengan melancarka­n program seumpama itu, syarikat lain mempunyai kelebihan untuk mengetahui kelemahan keselamata­n mereka sendiri.”

Organisasi besar seperti Facebook dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) turut menjalanka­n inisiatif sama dengan beberapa daripadany­a berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia