Harian Metro

‘KAMI BUKAN BELASAHAN’

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Kian Meng, Pei Jing anggap ranking rendah bukan halangan pamer cabaran sengit

Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing optimis mereka tidak akan menjadi ‘pasangan belasahan’ menjelang Kejohanan Badminton Siri Super Akhir yang akan disingkap tirainya di Dubai, hari ini.

Sebaliknya, pasangan itu yakin mampu melakar kejutan dengan menewaskan tiga pasangan lain dalam Kumpulan B - Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia, Chris Adcock-Gabrielle Adcock (England) dan Wang Yilyu-Huang Dongping (China) - walaupun ranking mereka lebih rendah.

Berdasarka­n ranking, Kian Meng-Pei Jing hanya menduduki tangga ke-11 dunia berbanding Tontowi-Liliyana ketiga, Wang Yilyu-Huang Dongping (4) dan pasangan suami isteri, Chris-Gabrielle (5).

“Ya, ranking kami paling rendah berbanding ketiga-tiga pasangan berkenaan, tapi itu tidak bermakna kami tidak mempunyai peluang. Saya yakin kami mampu menjadi pencabar,” kata Kian Meng.

Malah, Kian Meng mengakui sudah tidak sabar memulakan aksi pertama menentang Wang Yilyu-Huang Dongping, sekali gus membalas dendam kekalahan 15-21, 16-21 kepada pasangan China itu di pusingan ketiga Kejohanan Dunia, Glasgow Ogos lalu.

“Kami sudah mula menyesuaik­an diri dengan suasana dan keadaan gelanggang di Kompleks Sukan Hamdan selepas dua hari diberi peluang mengujinya. Malah, semangat kami berkobar-kobar dan tidak sabar memulakan aksi. Kami harap dapat memperagak­an aksi sempurna sekali gus memadam persembaha­n buruk dalam beberapa kejohanan sebelum ini termasuk di Terbuka China dan Hong Kong,” katanya.

Hanya dua

gandingan terbaik mara ke separuh akhir dan berdepan juara dan naib juara Kumpulan A, yang dibarisi Zheng Siwei-Chen Qingchen (China), Tang Chun Man-Tse Ying Suet (Hong Kong), Praveen Jordan-Debby Susanto (Indonesia) dan Kenta Kazuno-Ayane Kurihara (Jepun).

Sementara itu, jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan aksi menentang Ng Ka Long dari Hong Kong.

Turut berada dalam Kumpulan A bersama Chong Wei dan Ka Long ialah Son Wan Ho (Korea Selatan) dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia