Harian Metro

Wendy hilang emas

- Fabian Peter fabian.mark@nst.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF), Tunku Imran Tuanku Ja’afar mengesahka­n pingat tiga atlet gagal doping temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) termasuk penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, dilucutkan.

Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat terakhir majlis eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi tahun ini, semalam.

Selain Wendy, dua lagi atlet terbabit dengan hukuman itu adalah perenang Thailand, Benjaporn Sriphanomt­horn dan Nurisan Loseng (pencak silat).

Wendy beraksi cemerlang dengan memenangi emas dalam dua acara iaitu tiga meter papan anjal wanita dan 3m papan anjal seirama campuran.

Berikutan keputusan itu, pingat emas individu tiga meter papan anjal kini menjadi milik rakan senegara, Nur Dhabitah Sabri yang sebelum ini menamatkan saingan di tangga kedua.

Bagi acara campuran, kilauan emas bertukar kepada gandingan negara, Muhammad Syafiq Puteh-Jasmine Lai Pui Yee.

Atlet yang meraih pingat gangsa dalam dua acara berkenaan akan diberikan perak manakala tempat keempat beralih kepada gangsa.

“Sebelum ini, ada laporan bahawa tiga atlet gagal dalam ujian doping pada temasya ini dan mereka melalui proses ujian sampel B dan juga siasatan rasmi yang dikendalik­an Datuk Dr S S Cheema, selaku Pengerusi Anti Doping SEAGF dan ketua perubatan dan jawatankua­sa anti doping KL2017.

“Ketiga-tiga atlet ini diuji positif kerana penggunaan bahan terlarang sibutramin­e dan akan dilucutkan pingat mereka sebelum ini. Akan ada perubahan semula pingat bergantung kepada siapa yang menamatkan saingan di tangga ketiga dan keempat,” kata Tunku Imran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia