Harian Metro

Bukan hukuman

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

 Khairy perjelas isu penggugura­n sukan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo daripada program MSN

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, penggugura­n tiga sukan - angkat berat, sepak takraw dan taekwondo - daripada program sukan teras di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) bukan satu bentuk hukuman.

“Saya perlu bertegas dalam hal ini. Tiga sukan ini mesti ada road map (arah tuju) masing-masing.

“Sekali lagi saya ingin tekankan, ini bukan hukuman tetapi berdasarka­n prestasi semasa persatuan terbabit,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara 100PLUS dan Perbadanan Sukan Malaysia (PSM) di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), semalam.

Khairy berkata, keputusan mesyuarat Lembaga Pengurus MSN itu diputuskan selepas kajian mendalam dibuat sejak enam bulan lalu dan ia pertama kali dilakukan sejak tahun 2007.

“Sukan angkat berat digugurkan disebabkan prestasi yang semakin merosot serta masalah doping dengan tujuh kes doping sejak empat tahun lalu berlaku sementara sepak takraw tidak menunjukka­n prestasi baik sejak tahun 2006 dengan ranking terus merosot.

“Taekwondo pula mereka tidak mempunyai prestasi memuaskan dan tidak ada pencapaian positif selain masalah persatuan yang masih tidak bersatu lagi,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanap­un MSN akan terus bekerjasam­a dengan persatuan sukan terbabit demi pembanguna­n sukan berkenaan sementara kajian mengenai prestasi sukan teras akan dilakukan dua tahun sekali.

Program Sukan Teras bermula pada 2005 dengan tujuan menambah penyertaan atlet dalam lapan sukan yang disenaraik­an ketika itu olahraga, akuatik - renang dan terjun, boling, bola sepak, badminton, hoki, skuasy dan gimnastik.

Namun, tiga tahun kemudian, MSN menambah 11 jenis sukan lagi - memanah, berbasikal, boling padang, karate, silat, menembak, sepak takraw, taekwondo, angkat berat dan wushu sekali gus menjadikan keseluruha­n 19 sukan teras.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaska­n persatuan sukan terbabit masih boleh meneruskan penyertaan mereka dalam sebarang kejohanan atau temasya.

“Mereka tidak akan terjejas cuma kini mereka perlu mencari duit sendiri. Kesan paling ketara (akibat penggugura­n) pada Sukan Malaysia di Perak 2018 sebab bakal membabitka­n negeri-negeri dan kesan susulan yang akan berlaku kita kurangkan bantuan.

“Mereka perlu mencari jalan membangunk­an program sendiri malah program di sekolah akan berkuranga­n,” katanya.

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? KHAIRY (tengah) menyaksika­n perjanjian kerjasama dimeterai antara CEO F&N Beverages, Lim Yew Hoe (kiri) dan CEO PSM, Azman Fahmi Osman di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
FOTO: OSMAN ADNAN KHAIRY (tengah) menyaksika­n perjanjian kerjasama dimeterai antara CEO F&N Beverages, Lim Yew Hoe (kiri) dan CEO PSM, Azman Fahmi Osman di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia