Harian Metro

Sepak takraw ‘hilang pengaruh’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sukan sepak takraw negara menerima tamparan hebat semalam.

Ini selepas Malaysia “hilang pengaruh” dalam Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa (ISTAF) selain digugurkan sebagai satu daripada sukan teras di bawah Majlis Sukan Negara (MSN),

Negara hilang pengaruh di peringkat antarabang­sa semalam selepas tidak mempunyai wakil dalam ISTAF apabila Presiden Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail (gambar) memutuskan tidak bertanding merebut jawatan presiden.

Keputusann­ya itu, sekali gus membolehka­n penyandang­nya dari Thailand, Charouck Arirachaka­ran mempertaha­nkan jawatan berkenaan yang disandang sejak 1998 pada pemilihan di Bangkok, semalam.

“Beliau (Ahmad) menghantar sepucuk surat malam tadi (semalam) menyatakan hasrat menarik diri,” kata Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader ketika mengesahka­n perkembang­an itu.

Ahmad sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Presiden I ISTAF sejak 2008.

Jawatan itu kini diambil alih Boonchai Lorhpipat (Thailand) manakala Sohrab Azad Khan (Iran) mengisi Timbalan Presiden II bagi penggal 2018-2021.

Malaysia tidak mempunyai wakil dalam senarai lapan Naib Presiden dengan Abdul Halim menjelaska­n Ketua Seranta dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Atlet PSM, Datuk Mohd Sumali Mohd Raduan turut

menarik diri bertanding jawatan itu.

Malaysia juga tiada wakil dalam senarai 10 ahli majlis.

Sebelum itu, PSM diumumkan sebagai antara tiga jenis sukan yang digugurkan daripada program teras di bawah kendalian MSN selain tidak dipertandi­ngkan di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak pada tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan berkata, sepak takraw tidak menunjukka­n prestasi yang baik sejak 2006 dengan ranking terus merosot.

Ini bermakna, PSM perlu mencari dana sendiri terutamany­a dalam program pembanguna­n.

 ??  ?? ABDUL Halim
ABDUL Halim
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia