Harian Metro

‘Kami akan buat rayuan’

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

Kuala Lumpur: Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) masih belum mendapat pengesahan berkenaan penggugura­n sukan itu daripada 19 sukan teras Majlis Sukan Negara, namun tidak cepat melatah dalam menghadapi situasi berkenaan.

Menurut presiden PABM Datuk Ong Poh Eng, sebaik mendapat pengesahan berkenaan penggugura­n daripada program itu seperti diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, mereka akan membuat rayuan.

“Kami belum menerima hitam putih lagi. Tetapi jika ia sudah disahkan, kami akan membuat rayuan. Jika ia disebabkan oleh seorang individu, ini tidak adil kan?” kata Poh Eng. “Kami akan merayu kepada kementeria­n.”

Sementara itu Naib Presiden PABM, Abu Hanapiah Ismail turut senada dengan Poh Eng. “Jika ia benar, kami masih perlu menunggu kenyataan rasmi dan kemudian kami akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah untuk merangka tindakan selanjutny­a.

“Jika kami digugurkan, ia akan memberi kesan kepada ahli gabungan di negeri-negeri yang turut mendapat manfaat daripadany­a.”

Khairy semalam mengumumka­n, tiga sukan – angkat berat, taekwondo dan sepak takraw – digugurkan daripada program akibat kemerosota­n prestasi, masalah doping dan kemelut persatuan.

Kami belum menerima hitam putih lagi. Tetapi jika ia sudah disahkan, kami akan membuat

rayuan

Ong Poh Eng

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia