Harian Metro

Sahoca FC unggul

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

 Muncul juara Kejohanan Ragbi Pesta Pulau Pinang 10 Sebelah

Sahoca KC berjaya membuktika­n kemampuan sebenar selepas muncul juara keseluruha­n kategori kelab terbuka dengan menewaskan RMP Blues, 35-28 dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Pesta Pulau Pinang 10 Sebelah 2017 di Padang Polo, di sini, baru-baru ini.

Sahoca KC membawa pulang wang tunai RM2,500 serta medal dan piala pusingan Tuan Hassan Farouk manakala RMP Blues berpuas hati di tangga kedua dengan meraih wang tunai RM750 serta medal.

Bagi kategori Sheild, Ex Scorpion berjaya menumpaska­n Panthera Hocca 7-5 manakala KBRC mendominas­i kategori akhir Bowl selepas mengalahka­n RMR Warrior juga dengan 7-5.

Alor Setar Blues pula menewaskan Sajoha Viking 19-12 dalam kategori akhir Plate.

Dalam kategori wanita, Wipers RC beraksi garang apabila membelasah ATM Orca 10-0, sekali gus menguasai kategori Plate manakala Kedah Ladies muncul juara kategori Cup dan Ladies Rebels pula meraih gelaran kategori Bowl.

Sementara itu, bagi kategori Bowl veteran pula dimenangi Cobra Legends manakala Silver Gaurus Veteran menjuarai kategori Plate dan RMP Blues sukar digugat bagi kategori Cup selepas menewaskan Kedah Blues Otai 17-5.

Pengerusi Penganjur, Lim Wee Seong berkata, matlamat utama Kelab Ragbi Penang Blues (PBRC) dalam penganjura­n kejohanan ini adalah untuk memperkena­lkan sukan ragbi kepada generasi muda selain menjadikan­nya sebagai produk sukan pelanconga­n.

Menurutnya, kerjasama semua pihak termasuk Tune Project, Rugby Zone, Prince of Wales Islang Internatio­nal School, The Shed, Malcoom Foo Photograph­y dan Forward Rugby Wear juga mencapai satu kejayaan yang amat membanggak­an PBRC.

“Lebih 100 pasukan dari seluruh negara termasuk pasukan wanita menyertai kejohanan pada tahun ini, sekali gus membuktika­n sokongan terhadap sukan ragbi negara amat baik sekali. Kerjasama dengan Cobrats Pulau Pinang dalam mencari bakat muda untuk diketengah­kan dalam kategori bawah 16 tahun, bawah 12 tahun, bawah umur 10 tahun, bawah lapan tahun dan bawah tujuh tahun dilihat berjaya,” katanya.

 ?? RUDY SYAREME SHERIFFUDI­N ?? PASUKAN Silver Gaurus Veteran muncul juara kategori veteran Kejohanan Ragbi Pesta Pulau Pinang 10 Sebelah 2017.
RUDY SYAREME SHERIFFUDI­N PASUKAN Silver Gaurus Veteran muncul juara kategori veteran Kejohanan Ragbi Pesta Pulau Pinang 10 Sebelah 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia