Harian Metro

Hensby digantung setahun akibat doping

- Reuters

Bintang tenis Amerika Syarikat (AS), Serena Williams memberi bayangan akan kembali ke gelanggang antarabang­sa apabila memuat naik gambar trofi emas Terbuka Australia dan sepasang kasut tenis putih di Instagram, semalam.

Serena yang memenangi gelaran Grand Slam ke-23 di Terbuka Australia tahun lalu berehat agak lama selepas melahirkan anak pertamanya dan kini sedang bersiap untuk menyertai kejohanan bulan depan di Melbourne.

“Amat teruja. Memang sangat teruja ...,” kata pemain berusia 36 tahun itu menerusi

(gambar)

Los Angeles: Jelajah PGA semalam mengumumka­n hukuman penggantun­gan pemain golf Australia Mark Hensby selama setahun atas kesalahan melanggar polisi anti-doping.

Dalam satu kenyataan, PGA mengesahka­n pemain berusia 46 tahun itu gagal menyerahka­n sampel ujian dadah bagaimanap­un tiada penjelasan lanjut mengenai penggantun­gan itu.

Berdasarka­n hukuman berkenaan, Hensby hanya boleh beraksi semula pada 26 Oktober tahun depan, setahun selepas kesalahan itu dilakukan.

Pemain veteran itu memiliki koleksi satu gelaran Jelajah PGA iaitu John Deere Classic 2004, Scandinavi­an Masters 2005 dalam Jelajah Eropah dan tiga Jelajah Web.com.

Hensby yang bergelut dengan kecederaan sejak terbabit dalam kemalangan kereta pada 2006 melalui tiga pembedahan di bahagian bahu. - Reuters

(gambar)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia