Harian Metro

CITY KIAN BERNAFSU

- AFP

Manchester, England

 Walker tuntut rakan lebih waspada layan Swansea dalam keghairaha­n buru gelaran liga

Keghairaha­n Manchester City memburu gelaran Liga Perdana Inggeris tampak sukar dikekang dengan Swansea menjadi tembok penghalang bagi skuad kendalian Pep Guardiola melebarkan rekod kemenangan, awal pagi esok.

City ketika ini memiliki kelebihan 11 mata di puncak liga dan pengurus Manchester United serta Chelsea sudah mengibar bendera putih bagi pemburuan kejuaraan, hujung minggu lalu.

Kemenangan ke atas skuad kendalian Jose Mourinho, awal pagi kelmarin adalah kemenangan ke-14 berturut-turut City dalam Liga Perdana dalam semusim - rekod yang sama dicipta

Arsenal untuk dua musim pada 2002.

Namun di sebalik prestasi menakutkan, pertahanan City

Kyle Walker menggesa rakan sepasukann­ya supaya lebih berhati-hati.

“Kami perlu kekal merendah diri dan terus bekerja keras, bersedia secara fizikal dan mental,” katanya.

“Kami akan mengharung­i satu lagi perlawanan penting menentang Swansea Rabu ini (awal pagi esok).

“Kami perlu terus mendapatka­n tiga mata.”

Guardiola sudah beberapa kali menyatakan pasukannya akan kehilangan rentak pada masa sama seperti musim lalu tetapi ramai menjangkak­an ia tidak akan berlaku ketika mereka bertemu kelab di tangga kedua tercorot, Swansea.

Kemenangan ke atas United begitupun turut mencetus masalah buat City dengan kapten, Vincent Kompany terpaksa digantikan selepas sejam perlawanan susulan kecederaan otot.

Ia bermakna City ketika ini hanya memiliki dua pertahanan tengah senior yang cergas iaitu Nicolas Otamendi dan Eliaquim Mangala selepas John Stones juga terpaksa disisihkan hingga Januari kerana kecederaan hamstring.

Selain itu, mereka juga terpaksa berdepan Persatuan Bolasepak Inggeris yang menuntut jawapan susulan laporan insiden keraian luar biasa yang berlaku di Old Trafford selepas perlawanan menentang

United.

 ?? Kyle Walker ?? GUARDIOLA (kanan) meraikan kejayaan menewaskan United bersama staf pasukan hujung minggu lalu. Kami perlu kekal merendah diri dan terus bekerja keras, bersedia secara fizikal dan mental. Kami perlu terus mendapatka­n tiga mata”
Kyle Walker GUARDIOLA (kanan) meraikan kejayaan menewaskan United bersama staf pasukan hujung minggu lalu. Kami perlu kekal merendah diri dan terus bekerja keras, bersedia secara fizikal dan mental. Kami perlu terus mendapatka­n tiga mata”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia