Harian Metro

PSG ‘rindu’ magis Neymar

-

Janeiro: Paris Saint-Germain (PSG) berharap Neymar akan kembali dari Brazil dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi selepas pemain itu pulang ke rumahnya atas alasan peribadi, kata pengurus Unai Emery.

“Kami memberi kebenaran untuknya membuat perjalanan ini. Saya berharap dia akan kembali dalam tempoh tiga hingga empat hari akan datang,” kata Emery.

Emery berkata, Neymar memberitah­unya mengenai perkara itu ketika beliau sedang menyiapkan pasukannya bagi pertembung­an Ligue 1 menentang Lille, Sabtu lalu.

“Dia beritahu saya dia mempunyai masalah keluarga dan meminta kelab dan saya memberinya peluang untuk pulang ke Brazil bagi menyelesai­kan masalah itu.”

Neymar yang juga pemain termahal dunia susulan perpindaha­n dari Barcelona tahun ini pulang ke Brazil Sabtu lalu atas ‘alasan peribadi’, menurut sumber daripada syarikat pengurusan­nya, NN Consultari­a.

Stesen radio Perancis, RMC Sport melaporkan pemain berusia 25 tahun itu pulang ke rumah selepas menerima “berita buruk membabitka­n keluargany­a.”

Kelmarin, Neymar memuat naik status menerusi Twitter mengenai kepulangan­nya ke Brazil tetapi tidak menyatakan sebarang alasan.

Dia begitupun digantung untuk aksi menentang Lille yang menyaksika­n PSG menang 3-1 dan dijangka akan terlepas perlawanan Piala Liga menentang Strasbourg yang muncul satu-satunya kelab yang mencetus kekalahan buat kelab gergasi Perancis itu dalam liga musim ini. - AFP

 ??  ?? EMERY
NEYMAR (atas) pulang ke rumah
di Brazil atas alasan peribadi.
EMERY NEYMAR (atas) pulang ke rumah di Brazil atas alasan peribadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia