Harian Metro

Real idam kekal mahkota

- AFP

Real Madrid boleh melengkapk­an tahun paling berjaya dalam sejarah kelab itu jika merangkul trofi kelima tahun ini pada Piala Kelab Dunia di Abu Dhabi minggu ini.

Mereka menjuarai La Liga, Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA dan Piala Super Sepanyol dengan penuh bergaya selepas menemui kemuncak prestasi antara April dan Ogos, namun sejak itu juara Eropah itu semakin hambar mungkin disebabkan kepenatan kerana jadual padat.

Madrid ketinggala­n lapan mata di belakang Barcelona di puncak La

Liga dan berakhir di tangga kedua di belakang Tottenham Hotspur pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, yang ternyata merugikan apabila mereka diundi menentang Paris Saint-Germain pada pusingan 16 terakhir.

Bagaimanap­un, kelibat Madrid yang membenam pasukan seperti Bayern Munich, Juventus, Atletico Madrid, Manchester United dan Barcelona pada musim luruh dan musim panas kembali apabila Real meledak lima gol melepasi Sevilla sebelum rehat ketika menang besar 5-0, Sabtu lalu.

Sehingga itu, Madrid kekurangan sentuhan pemusnah seperti musim lalu dengan Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema hanya menyumbat enam gol secara keseluruha­n dalam La Liga, manakala Gareth Bale hanya melakukan satu penampilan sebagai pemain gantian sejak September.

“Kami meningkat dari segala segi,” kata pengurus Zinedine Zidane selepas membelasah Sevilla. “Jika anda bermain bagus, anda akan mencipta banyak peluang. Kami mencipta banyak peluang.”

Ronaldo menjaringk­an dua gol hujung minggu lalu untuk meraikan kejayaan memenangi anugerah

Ballon d’Or

 Skuad Zidane sasar trofi kelima di Abu Dhabi

kali kelima dengan bergaya dan kembalinya ke prestasi awal amat tepat pada masanya, ketika Madrid berdepan Barcelona pada perlawanan terakhir mereka tahun ini pada 23 Disember depan sebaik tugas mereka di Timur Tengah selesai hujung minggu ini.

“Satu ganjaran untuk berada di sini,” kata kapten Madrid, Sergio Ramos. “Kami berpeluang mempertaha­nkan kejuaraan kami.

“Kami bersedia dengan penuh keghairaha­n dan keseronoka­n. Selepas perlawanan hebat menentang Sevilla kami bermotivas­i dan keyakinan kami tinggi.”

Sesudah tidak beraksi hujung minggu lalu, Casemiro dan Isco dijangka tampil awal pagi esok apabila Real berdepan pasukan tempatan Al Jazira, yang menyingkir­kan juara Oceania, Auckland City dan juara Asia, Urawa Red Diamonds untuk layak ke separuh akhir.

 ??  ?? RONALDO sandaran robek Al Jazira.
RONALDO sandaran robek Al Jazira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia