Harian Metro

Ikat kontrak setahun

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Marcote sah kendali Lang Merah musim depan

Bekas penolong jurulatih kecergasan Kedah musim 2015, Ramon Marcote secara rasmi mengikat kontrak setahun bersama skuad Hijau Kuning bagi musim Liga Super 2018.

Marcote, 40, yang berasal dari La Coruna, Sepanyol dilantik sebagai jurulatih menggantik­an Nidzam Adzha Yusoff yang kembali memegang jawatan sebagai penolong jurulatih Kedah.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pelantikan Marcote diputuskan selepas pengurusan mempertimb­angkan beberapa nama jurulatih untuk mengemudi skuad Lang Merah.

“Selepas diperhalus­i dan dipersetuj­ui oleh pengurusan tertinggi KFA, kami percaya dengan pengalaman dan kebolehan beliau untuk menerajui Kedah.

“Bukan mudah untuk mendapatka­n beliau yang juga jurulatih berpengala­man di Eropah yang terbabit secara langsung dengan sistem Kuala Lumpur: ‘Kereta kebal’ Johor Darul Ta’zim (JDT), Marcos Antonio

mengakui tidak sabar untuk kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan selepas proses pemulihan kecederaan lututnya berjalan lancar.

Menurut pertahanan tengah berusia 34 tahun itu, walaupun fisioterap­i menjangkak­an dia hanya boleh beraksi dalam tempoh dua bulan lagi, namun kemudahan terbaik yang dimiliki skuad Harimau Selatan itu menyaksika­n dia boleh beraksi

(gambar)

staf kejurulati­han kelab Atletico Madrid sejak 2002,” katanya.

Menurutnya, Marcote bukan nama asing dalam arena bola sepak tanah air terutama pasukan Kedah dengan menjadi jurulatih kecergasan Kedah serta pemangku jurulatih bagi empat perlawanan terakhir pada 2015.

“Hasil sentuhanny­a itu membawa pasukan Kedah layak ke final Piala Malaysia 2015,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, dengan pelantikan Marcote, peminat serta penyokong bola sepak negeri itu boleh menjangkak­an beberapa lagi tenaga import baru akan diserap ke dalam pasukan.

“Kami sudah meneliti beberapa pemain import yang dilihat mampu menjana kepada kejayaan pasukan untuk musim depan dan kebebasan diberikan sepenuhnya kepada Marcote untuk memilih pemain berwibawa.

“Dengan pelantikan Marcote, kami mengharapk­an kejayaan ‘double treble’ yang diperoleh pada musim 2007 dan 2008 mampu diulangi,” katanya.

Sementara itu, Marcote berkata, beliau tidak menghadapi masalah untuk melatih Kedah kerana pemain rata-rata sudah dikenali sebelum ini.

“Secara jujurnya, saya suka suasana di Kedah dan tidak menghadapi masalah untuk bekerja dengan pemain,” katanya.

 ?? AMRAN HAMID ?? MARCOTE (duduk kiri) menandatan­gani kontrak sambil disaksikan Ahmad Bashah di Wisma Darul Aman semalam.
AMRAN HAMID MARCOTE (duduk kiri) menandatan­gani kontrak sambil disaksikan Ahmad Bashah di Wisma Darul Aman semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia