Harian Metro

J Enggan sia-sia ‘lesen besar’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

 Cheng Hoe mahu balas kepercayaa­n diberikan TMJ dengan keputusan positif

urulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menganggap ‘lesen besar’ yang diberikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepadanya dalam membentuk pasukan Harimau Malaya sebagai satu penghormat­an.

Justeru, bekas pengendali Kedah itu menjelaska­n, sekarang adalah masa untuk beliau membalas kembali kepercayaa­n yang diberikan Tunku Ismail dengan memberi keputusan positif.

“Ia satu penghormat­an daripada Tunku Ismail apabila memberi kebebasan kepada saya untuk memilih pemain yang akan mewakili negara pada masa akan datang.

“Namun, selaku jurulatih saya perlu bekerja keras untuk memacu pasukan ini ke tahap yang lebih baik,” katanya yang secara rasmi dilantik sebagai pengganti Nelo Vingada pada 7 Disember lalu.

Tunku Ismail menjelaska­n Cheng Hoe diberikan kebebasan penuh untuk membentuk pasukan termasuk memilih pembantuny­a pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco FAM, Sabtu lalu.

Cheng Hoe sebelum ini bertindak sebagai penolong jurulatih kepada Vingada yang melepaskan jawatan pada 6 Disember lalu selepas gagal memberi impak positif dalam skuad kebangsaan.

Vingada mencatat rekod buruk apabila gagal meraih sebarang kemenangan sepanjang tujuh perlawanan Harimau Malaya di bawah kendaliann­ya termasuk tersingkir pada kelayakan Piala Asia 2019.

Mengulas mengenai tugas berat untuk memulihkan kembali reputasi Harimau Malaya, Cheng Hoe mengakui sudah bersedia berdepan segala cabaran termasuk kritikan.

“Itu (kritikan) terpulang kepada media atau penyokong nak bagi benda yang positif atau tidak, tapi bila saya terima jawatan itu, saya perlu hadapi apa saja perkara sama ada yang baik dan tidak baik.

“Tujuan utama saya untuk membimbing pasukan negara ke satu tahap yang terbaik berbanding sebelum ini.

“Sekarang ini tiada apa-apa perancanga­n lagi untuk skuad Harimau Malaya kerana masih terlalu awal dan Liga Malaysia pun belum bermula lagi. Tapi, sudah pasti saya perlu ada perancanga­n terbaik untuk 2018.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia