Harian Metro

Nik Akif mahu pikat Kim Swee

-

Petaling Jaya: Tonggak tengah skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Nik Akif Syahiran Nik Mat bertekad merebut posisi perancang utama skuad itu bagi mengharung­i kempen Kejuaraan AFC B-23 di China, bulan depan.

Biarpun berdepan tugas sukar bersaing bersama pemain senior, Nik Akif bagaimanap­un tetap menganggap ia bukan penghalang untuknya memikat hati pengendali Datuk Ong Kim Swee.

Malah, pemain skuad Piala Presiden Kelantan itu mengakui sudah tidak berdepan masalah menyesuaik­an diri bersama tonggak skuad B-23 selepas kali pertama disenaraik­an Kim Swee menyertai kem latihan pusat.

“Idola saya Nor Azam Azih

(gambar)

dan dia juga bermain di posisi sama. Apa pun, saya perlu buat yang terbaik untuk merebut tempat dalam skuad ini.

“Saya tahu majoriti pemain senior sudah lama berlatih bersama, berbanding saya yang kali pertama dipanggil. Tapi saya akan cuba yang terbaik untuk membalas kepercayaa­n jurulatih,” katanya pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Kejayaan membantu skuad B-19 tahun mara ke pusingan akhir Kejuaraan AFC B-19 dilihat menjadi faktor Nik Akif dipanggil Kim Swee menyertai kem latihan kali ini.

Kim Swee bagaimanap­un akan menyenarai­kan hanya 26 daripada 29 pemain yang akan ke Korea Selatan bagi melakukan persiapan mengharung­i Kejuaraan AFC B-23, Januari ini.

Selain itu, Nik Akif turut menyifatka­n ia peluang terbaik mendapatka­n pendedahan lebih tinggi di peringkat antarabang­sa bersama skuad B-23.

“Bersaing di peringkat B-19 dengan B-23 sudah pasti berbeza, apatah lagi terpaksa bersaing dengan pemain lebih senior. Tapi ini peluang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia