Harian Metro

Tak sabar nak robek Buriram

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

 Skuad B-13 buru kemenangan aksi pertama

fizikal dan mental sudah diberikan kepada semua pemain dan hanya menunggu masa untuk diterjemah­kan di tengah padang.

Menurutnya, kemenangan bagi aksi pertama penting buat pasukan untuk mendapatka­n motivasi terbaik bagi mengharung­i aksi seterusnya yang lebih mencabar.

“Kami sudah melakukan persiapan terbaik menghadapi kejohanan ini dan saya harap pemain dapat mengelak daripada bermain di bawah tekanan.

“Mentaliti untuk meraih kemenangan paling penting. Saya tidak mahu pemain mengabaika­n aspek permainan dan bermain mengikut DNA yang ditetapkan oleh NFDP (Program Pembanguna­n Bolasepak Malaysia).

“Saya yakin pemain tidak gentar dengan pasukan lawan yang memiliki nama besar dan kami minta mereka menunjukka­n tanda hormat dengan memberi tentangan terbaik,” katanya semalam.

Selain Buriram United, anak buah Khushairi turut diundi dengan kelab Perancis, Paris Saint-Germain dan Urawa Red Diamonds dari Jepun dalam Kumpulan A.

Kejohanan yang memasuki edisi keempat itu akan mempertand­ingkan tiga kategori termasuk B-12 dan B-14 dengan enam pasukan dari Malaysia mengesahka­n penyertaan pada kejohanan bermula hari ini hingga Ahad.

Selain kelab gergasi Perancis, PSG, kejohanan itu turut dimeriahka­n dengan penyertaan kelab ternama England, Arsenal yang akan bersaing dalam kategori B-14.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia