Harian Metro

Buaya sesat ke kawasan perumahan

- Mohd Rizal Abdullah Mohd.rizal@hmetro.com.my

Kesan tapak kaki, selain umpan makanan yang hilang menjadi penunjuk utama penemuan lelaki warga emas yang hilang selama lapan hari di hutan berhampira­n Kampung Beliong, Asajaya di sini, tengah hari kelmarin.

Mangsa, Subhi

Mud,60, ditemui selamat, bagaimanap­un dalam keadaan lemah dan kurus pada jam 12.07 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat(SAR) pada jarak 1.8 kilometer dari Pos Kawalan Bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan

Muhamad Syamil Mustafa Kamal berkata, sebelum mangsa ditemui, Pasukan SAR mendapati umpan makanan dan air mineral yang diletakkan di kawasan itu hilang.

Menurutnya, pasukan SAR kemudian terus membuat pencarian dan menemui kesan tapak kaki manusia di kawasan itu.

“Pasukan SAR mengikut jejak tapak kaki berkenaan sambil memanggil nama mangsa, Beaufort: Penduduk di Taman Selagon, dekat sini, gempar seketika apabila dikejutkan dengan buaya di kawasan perumahan berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, penduduk menyedari haiwan berkenaan sebelum memaklumka­nnya kepada pihak berkuasa.

Kontraktor penyelengg­araan, Kang Sani Khalid Yunus,

22, berkata, adiknya menghubung­inya dan memberitah­u terlihat buaya di belakang rumah jiran mereka lalu dia bergegas pulang ke rumah.

“Pada mulanya, saya sangka adik saya bergurau, mungkin apa yang dilihat ialah biawak besar.

“Saya meninjau kawasan di belakang rumah dan ketika itu, saya turut terdengar anjing menyalak.

“Ketika melakukan pemeriksaa­n tiba-tiba saya perasan ada buaya di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kang Sani berkata, akibat terlampau panik, dia berlari ke rumah jiran sebelum menghubung­i talian kecemasan 999.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort Mohd Mayroof Koibil ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.59 pagi.

Susulan itu, jentera dengan lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di sana, buaya berkenaan masih berada di lokasi dan kami berjaya menangkap reptilia itu menggunaka­n peralatan khas,” katanya.

Menurutnya, buaya sepanjang kira-kira dua meter dan seberat 65 kilogram itu sudah dibawa ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA APM menunjukka­n reptilia yang berjaya ditangkap.
ANGGOTA APM menunjukka­n reptilia yang berjaya ditangkap.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia