Harian Metro

Gelabah lihat polis

 Remaja seludup rokok bernilai RM80,500 ditahan

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Gelagat cemas remaja lelaki berusia 18 tahun yang menyedari kehadiran polis di Taman Ehsan, di sini, Ahad lalu, membongkar rahsia dia terbabit aktiviti penyeludup­an rokok bernilai RM80,500.

Dalam kejadian jam 7 malam, suspek yang menaiki Toyota Hilux ditahan sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan taman berkenaan.

Hasil pemeriksaa­n di dalam kenderaan berkenaan menemui beberapa kotak besar berisi rokok jenama Era yang disyaki cuba diseludup.

Ketua Polis Daerah Kudat Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata, ketika disoal siasat, suspek gagal menunjukka­n dokumen berkaitan rokok berkenaan untuk membuktika­n transaksi urus niaga sah.

Hasil pemeriksaa­n mendapati ada lebih 70,000 rokok dianggarka­n bernilai RM80,500 berdasarka­n harga pasaran semasa termasuk cukai.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, atas kesalahan melindungi, menyembuny­i dan menyimpan barang larangan.

“Kenderaan dan barang rampasan dibawa ke pangkalan Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut,” katanya, semalam.

Menurutnya, jumlah keseluruha­n rampasan dianggarka­n RM192,500 termasuk kenderaan suspek. Sehubungan itu, Douglas menegaskan polis sentiasa berusaha keras memantau dan membantera­s aktiviti salah di sisi undang-undang. “Kerjasama masyarakat dalam menyalurka­n maklumat juga sangat dialu-alukan untuk tindakan segera.” katanya.

 ??  ?? DOUGLAS (tengah) menunjukka­n rokok yang dirampas daripada suspek.
DOUGLAS (tengah) menunjukka­n rokok yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia