Harian Metro

Bas kuasa hidrogen

- Sandra Albertz am@hmetro.com.my

 Khidmat pertama dijangka Julai tahun depan

Perkhidmat­an bas pertama menggunaka­n bahan api hidrogen diperoleh daripada molekui air dijangka digunakan di negeri ini pada Julai atau Ogos tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini, pihaknya mencari negara yang dapat membekalka­n negeri ini dengan kenderaan mengunakan teknologi terbabit.

Bagi merealisas­ikan perkara itu, beliau sudah membuat tinjauan di Jerman dan China, baru-baru ini.

“Saya sudah melawat Jerman dan China, rupa-rupanya di China (kenderaan mengunakan teknologi terbabit) jauh lebih murah daripada Jerman.

“Jadi, saya mahu negeri ini mempunyai bas mengunakan bahan api hidrogen dijangka dilaksanak­an bermula pada Julai atau Ogos tahun hadapan,” katanya ketika merasmikan Bengkel Bandaraya Perpaduan anjuran Yayasan 1Malaysia (Y1M) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya, semalam.

Hadir sama, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Pengerusi Y1M Dr Chandra Muzaffar dan Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Abang Johari berkata, Sarawak perlu mempelopor­i kenderaan menggunaka­n teknologi bahan api hidrogen berikutan negeri ini mempunyai banyak sumber air yang boleh digunakan bagi menghasilk­an bahan api itu.

“Negeri ini banyak sumber air diberikan Tuhan, jadi kita perlu mengunakan kepintaran kita mengeksplo­itasi sumber itu,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menyokong Y1M dalam usahanya membolehka­n Bandaraya Kuching diisytihar­kan sebagai bandar raya perpaduan pertama di dunia melalui Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bandaraya Kuching diisytihar­kan sebagai bandar raya perpaduan oleh mantan Ketua Menteri Sarawak Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem pada 1 Ogos 2015 sempena Sambutan Hari Bandaraya Kuching Ke-27.

Pengumuman dibuat selepas kajian Y1M mendapati bandar raya ini memenuhi 12 ciri bagi layak diisytihar­kan sebagai bandar raya perpaduan. Sabah mencipta rekod sebagai negeri pertama dengan semua agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyertai kempen Ikrar Bebas Rasuah (IBR), semalam.

Ia membabitka­n 37 syarikat GLC dan 56 agensi kerajaan negeri itu dalam usaha membantera­s jenayah rasuah menerusi inisiatif yang diperkenal­kan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Sabah Hasbilah Mohamad Salleh berkata, pihaknya menyambut baik kerjasama dan sokongan yang diberikan semua agensi serta syarikat GLC di negeri ini.

Penyertaan ini bukan saja sokongan berterusan kepada SPRM tetapi juga satu usaha murni memartabat­kan tanggungja­wab dalam melaksanak­an tugasan mereka.

“Komitmen yang ditunjukka­n ini juga membuktika­n wujudnya kekuatan antara SPRM dan kerajaan negeri dalam usaha mengurangk­an risiko jenayah rasuah di negeri ini,” katanya selepas majlis IBR bersama 19 syarikat GLC di Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia