Harian Metro

Kraftangan rekaan moden, kontempora­ri

-

Kuching: Hasil kraftangan kaum Penan, Murum diyakini akan menembusi pasaran lebih luas menerusi rekaan moden dan kontempora­ri.

Naib Presiden Eksekutif Perkhidmat­an Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB) Aisah Eden berkata, reka bentuk baru dan kontempora­ri itu lahir menerusi kerjasama antara Komuniti Tenunan Penan di Murum, SEB dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak 2016.

“Hari ini (semalam), menandakan satu lagi kejayaan penting dalam usaha membangunk­an kraftangan komuniti Murum.

“Reka bentuk baru dan kontempora­ri diyakini mendapat sambutan hangat kerana masih mengekalka­n ciri tradisiona­l,” katanya pada pelancaran majlis Kraftangan Penan Murum, Pelancaran Reka Bentuk Kontempora­ri di Atrium, Menara SEB semalam.

Menurutnya, ketika ini, terdapat 70 artis yang aktif menghasilk­an pelbagai kraftangan di pusat penempatan semula Tegulang.

“Kami juga menganjurk­an beberapa siri bengkel di Long Wat dan Long Malin untuk memperluas­kan hasil kraftangan yang dijalankan menerusi usaha sama dengan Majlis Kraf Sarawak dan Perbadanan Pembanguna­n Kraf Tangan Malaysia cawangan Sarawak sejak 2014,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Informatik Sosial dan Inovasi Teknologi UNIMAS Profesor Dr Narayanan N Kulathu Ramaiyer berharap kerjasama SEB dan UNIMAS bagi mengembang­kan hasil kraftangan Penan, Murum dapat diteruskan.

“Kerjasama perlu diteruskan bagi memastikan dapat melahirkan lebih ramai penggiat seni kraftangan dengan hasil bernilai tinggi,” katanya.

Hadir sama, Penolong Pengurus Besar Tanggungja­wab Sosial Korporat SEB Jiwari Abdullah, Pengurus Kanan Pelaburan Sosial dan Pembanguna­n Komuniti SEB Joanne Tan dan Profesor Madya Dr June Ngo Siok Kheng dari Jabatan Teknologi Reka Bentuk Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS.

 ??  ?? KRAFTANGAN daripada masyarakat Penan dari Murum yang dipamerkan pada pelancaran majlis Kraftangan Penan Murum, Pelancaran Reka Bentuk Kontempora­ri
KRAFTANGAN daripada masyarakat Penan dari Murum yang dipamerkan pada pelancaran majlis Kraftangan Penan Murum, Pelancaran Reka Bentuk Kontempora­ri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia