Harian Metro

Lapor polis anak kuat merajuk

-

Seorang wanita membuat laporan polis apabila anak lelakinya berusia sembilan tahun merajuk ketika berada di restoran Jalan Merbau di sini,

Ahad lalu.

Wanita berusia 47 tahun itu membuat laporan polis di Balai

Polis Pusat Miri pada jam 8 malam berhubung kejadian itu.

Menurut sumber, wanita terbabit membuat laporan polis kerana bimbang apabila anak lelakinya itu tiba-tiba merajuk dengannya selain memohon bantuan polis untuk memujuk anaknya.

Sumber itu berkata, ketika wanita terbabit dan anaknya itu berada di restoran berkenaan pada jam 7 malam, anaknya tiba-tiba merajuk dan enggan bercakap dengannya.

“Anak lelaki wanita terbabit dikatakan cuba melarikan diri daripada ibunya setiap kali wanita itu cuba memujuk.

“Bagaimanap­un, tidak dinyatakan punca anak lelaki wanita itu merajuk,” katanya.

Bimbang dengan sikap anaknya, wanita terbabit membuat laporan polis dengan harapan pihak polis memujuk anaknya.

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menyelamat­kan 11 warga Filipina yang juga kru bot kumpit yang karam di di perairan Kinabatang­an, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi, kapten kapal dan semua kru bot kumpit MV Lady Joanna, berusia antara 20 hingga 61 tahun tidak cedera.

Mangsa kemudian dibawa ke Jeti APMM Sandakan dan selamat tiba di jeti berkenaan pada jam 5.50 petang.

Pegawai Pemerintah KM Tebrau Leftenan Komander Maritim Mahathir Ismail berkata, sebelum kejadian, bot kumpit terbabit dalam perjalanan ke Jolo, Filipina selepas bertolak dari Sandakan pagi semalam.

Beliau berkata, sebaik tiba di perairan Kinabatang­an, bot itu tiba-tiba karam dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia