Harian Metro

Suami ugut dengan parang

-

Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas diugut dan diancam suaminya menggunaka­n parang dalam kejadian di rumah saudaranya di Pujut, malam Ahad lalu.

Mangsa berusia 32 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri pada jam 10 malam kelmarin berhubung kejadian itu.

Menurut sumber, suami mangsa berusia lingkungan 40-an ke rumah yang dihuni mangsa dan mengugut untuk memukul mangsa menggunaka­n parang pada jam 10 malam.

Sumber itu berkata, suami mangsa juga berada dalam keadaan mabuk sehingga membimbang­kan mangsa dan keluargany­a.

“Kejadian berkenaan bukan kali pertama, tetapi suami mangsa sering memukulnya setiap kali dalam keadaan mabuk sebelum ini,” katanya.

Difahamkan, mangsa tidak lagi menetap bersama suaminya kerana trauma dengan sikap panas baran suaminya itu sejak lebih seminggu lalu.

Mangsa juga dikatakan dalam proses menuntut penceraian daripada suaminya.

Sementara tu, jurucakap polis mengesahka­n kejadian itu.

Kota Kinabalu: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang sebelum ini pernah ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan agihan projek bekalan air di Sabah, pada tahun lalu, ditahan semula semalam.

Sumber yang rapat dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek berusia 52 tahun itu ditahan di satu lokasi di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

“SPRM dijangka membawanya ke mahkamah esok (hari ini) untuk mendapatka­n tahanan reman,” katanya.

Sebelum ini, lelaki berkenaan pernah ditahan bagi membantu siasatan penyelewen­gan agihan projek bekalan air di Sabah pada tahun lalu.

Pada 4 Oktober 2016, SPRM melancarka­n Ops JANS membabitka­n penyelewen­gan dana oleh JANS yang mana pada fasa pertama operasi, pasukan penyiasat merampas wang tunai berjumlah RM53 juta daripada dua suspek yang ditahan.

Pada fasa kedua Januari lalu pula, SPRM menahan 35 Ketua Bahagian dan Daerah JANS bagi membantu siasatan penyelewen­gan dana infrastruk­tur jabatan berkenaan.

Susulan operasi fasa kedua itu, SPRM membuka 10 kertas siasatan dan memfailkan pelucutan hak wang rasuah yang disita berjumlah

RM21.78 juta mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

SPRM berkata, Op JANS berjaya membongkar satu kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitka­n hampir semua pegawai di jabatan berkenaan dengan rampasan wang tunai terbesar di negara ini sejak penubuhan suruhanjay­a itu.

Mahkamah turut menetapkan kes itu dibicaraka­n bermula 5 Februari tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia