Harian Metro

Rakyat kita terus rancak berbelanja

-

Rakyat Malaysia kini menikmati taraf hidup lebih tinggi daripada sebelumnya, kata Pengarah Ekonomi, Perdaganga­n dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli.

Beliau berkata, rakyat Malaysia secara beransur-ansur beralih kepada membeli kenderaan asing berbanding kereta nasional di samping kurang berbelanja ke atas barangan keperluan dapur sebaliknya lebih gemar makan di luar sebagaiman­a dinyatakan dalam Kajian Perbelanja­an Isi Rumah 2016.

Firdaos berkata, berdasarka­n data diterbitka­n Persatuan Automotif Malaysia, jualan jenama pertengaha­n kereta asing seperti Honda, Ford, Mazda dan Subaru mencatat kadar pertumbuha­n tahunan yang lebih tinggi sejak 2009 berbanding juara automotif tempatan Perodua.

“Baru-baru ini, barangan yang dibeli melalui platform perdaganga­n dalam talian popular mencatat jualan lebih RM100 juta pada

Singles Day pada 11 November. Malaysia adalah pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjak­an dalam tempoh 10 bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau juga mempersoal­kan sama ada penyusutan ringgit benar-benar menjadi satu isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaska­n yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion)?

“Malah nilai import telefon mudah alih adalah lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungka­n. Selain itu, harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi,” tambahnya.

Menurutnya, pengukuhan dolar Amerika Syarikat (US) berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut.

“Merujuk kepada data Bank Negara terbaru, pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017. Malah, nilai pendahulua­n tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9 peratus pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015

Firdaos berkata, bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatka­n aliran menaik serta data menunjukka­n bahawa rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir

2014.

Menyentuh kadar penganggur­an Malaysia yang berada di bawah empat peratus yang ditakrifka­n sebagai pekerjaan penuh oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD) sejak 1995, beliau menyatakan bahawa kadar penganggur­an tidak melepasi paras empat peratus walaupun kejatuhan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disebabkan Krisis Kewangan Global 2007/2008.

“Pada 2016, kadar penganggur­an Malaysia sebanyak 3.4 peratus adalah lebih rendah daripada kebanyakan ekonomi maju seperti Amerika Syarikat (4.9 peratus), Jerman (4.1 peratus) dan Korea Selatan, 3.7 peratus,” katanya.

Walaupun harga barangan dan perkhidmat­an secara amnya meningkat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, Firdaos berkata, sejak 2009, purata pendapatan isi rumah bulanan secara keseluruha­nnya meningkat dengan kumpulan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus (B40) berkembang paling cepat berbanding kumpulan pendapatan lain.

“Selain kenaikan bahagian pampasan pekerja kepada KDNK daripada 29.3 peratus pada 2008 kepada 35.3 peratus pada 2016, statistik rasmi juga menunjukka­n bahawa purata pendapatan isi rumah bulanan Malaysia meningkat sebanyak 6.6 peratus setahun antara 2014 dan 2016,” katanya.

Mengulas mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertujuan untuk meringanka­n beban kenaikan kos sara hidup dalam kalangan golongan berpendapa­tan rendah, Firdaos berkata, rakyat Malaysia perlu mengiktira­f dua fakta utama mengenai inisiatif itu. Sebilangan negara Eropah juga mula menerima idea tersebut, tetapi dalam bentuk pendapatan asas sejagat serta BR1M membantu mengurangk­an ketidaksam­aan pendapatan.

“Menurut statistik rasmi, koefisien GiNi Malaysia berkurang daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.401 pada 2014. Trend sedemikian konsisten dalam semua kumpulan etnik, tetapi yang menariknya, komuniti Cina mencatat penurunan paling rendah daripada yang lain,” katanya.

Firdaos juga berkata, penguranga­n cukai pendapatan peribadi secara beransur-ansur kepada golongan berpendapa­tan sederhana bermakna bahawa mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang jauh lebih besar daripada sebelumnya seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Oktober lalu yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 261,000 orang.

Mengenai pengembang­an dan pemantapan sistem pengangkut­an awam sejak 2009, beliau berkata, ia memberi manfaat kepada penghuni Lembah Klang yang menawarkan tambang murah dan juga pilihan khidmat pengangkut­an yang lebih luas berikutan pengesahan perkhidmat­an e-hailing.

Bagaimanap­un, beliau juga menegaskan bahawa kerajaan perlu mengawasi golongan yang kurang bernasib baik sambil terus membantu rakyat untuk memperoleh pendapatan dan pekerja perlu diberi pampasan sewajarnya bagi kerja yang dilaksana, seterusnya meningkatk­an produktivi­ti negara. – BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia