Harian Metro

JUAL BAYI KEMBAR ATAS TALIAN

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Pasangan kekasih cuba jual anak luar nikah dalam laman e-dagang ditahan Kami percaya kedua-dua suspek pasangan kekasih”

Mazlan Lazim

Pasangan kekasih yang cuba menjual bayi kembar mereka di sebuah laman e-dagang pada harga RM15,000 ditahan polis, malam kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek wanita berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Setapak, di sini, jam 8 malam, manakala teman lelakinya berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Ampang, sejam kemudian.

“Kami percaya kedua-dua suspek pasangan kekasih dan bayi yang diiklankan di laman web jual beli atas talian terkenal itu anak hasil hubungan luar nikah,” katanya, di sini, semalam.

Portal berita tempatan melaporkan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi menerima aduan mengenai pengiklana­n di laman atas talian mengenai kes penjualan bayi kembar oleh seorang wanita.

Bayi kembar itu dijual ibu muda terbabit pada harga RM15,000 dan ia turut disertakan sekali kapsyen bertulis ‘twin to let her go’.

Susulan aduan itu, Syed Azmi menghubung­i pengurusan laman terbabit yang seterusnya mengambil tindakan pantas menurunkan iklan bertarikh 8 Disember berkenaan daripada laman sesawang mereka.

Malah, aktivis sosial itu menghubung­i pegawai polis di Bukit Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatka­n perlindung­an terhadap kedua-dua bayi malang berkenaan.

Mazlan berkata, berdasarka­n siasatan, pihaknya mendapati tiada pihak atau individu yang menghubung­i wanita terbabit bagi tujuan jual beli bayi mereka.

“Kami memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BAYI kembar yang diiklankan di laman web jual beli.
BAYI kembar yang diiklankan di laman web jual beli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia