Harian Metro

LUAHAN SENDU HILANG AYAH, 3 ADIK

 Pemuda sebak ayah pula meninggal dunia

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

“Allah pinjamkan mereka dan Allah ambil balik pinjamanNy­a, sebagai orang yang beriman, aku memang reda tetapi hati dan tangisan tidak boleh ditipu.”

Demikian catatan pada status Facebook (FB) Muhammad Haris anak kepada Ismail Yaacob, 53, yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping, semalam, selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampira­n Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Perak, Ahad lalu.

Dalam kemalangan itu juga menyebabka­n tiga adiknya, Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah masing-masing berusia lapan tahun serta Nur Ain Hafizah, 22, maut di tempat kejadian.

Muhammad Haris berkata, Allah SWT mengambil nyawa empat ahli keluargany­a dalam tempoh yang sangat singkat.

“Aboh orang yang baik...Aboh orang paling kuat tekankan kami bab solat...Walaupun aku dah besar panjang, aboh tetap tidak jemu-jemu berpesan supaya jangan tinggalkan solat.

“Aboh dah terlepas tanggungja­wab...sekarang tinggal aku dan abang yang akan jaga satu-satunya adik yang tinggal dan ibu,” katanya melalui status FB miliknya, semalam.

Muhammad Haris berkata, bapanya meninggal dunia jam 1.40 pagi semalam dan dikebumika­n di Bukit Kuin, di sini.

“Semoga dipermudah­kan segala urusan. Semoga roh aboh dan ketiga-tiga adik ditempatka­n dalam kalangan orang soleh,” katanya.

Sementara itu, dalam status FB yang lain, dia berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan ahli keluargany­a.

“Alhamdulil­lah beliau (ayah) pergi dengan tenang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” katanya.

Kelmarin, tiga adik Muhammad Haris dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin, jam 12 tengah hari selepas dibawa dari Hospital Gerik.

 ??  ??
 ??  ?? STATUS yang dimuat naik Muhammad Haris di FB.
STATUS yang dimuat naik Muhammad Haris di FB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia