Harian Metro

5 SEKELUARGA TERKORBAN

- Ibrahim Isa dan Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

 Lima sekeluarga maut termasuk bayi apabila kenderaan dinaiki terbabas

Lima sekeluarga maut apabila Perodua Viva yang mereka naiki merempuh bas ekspres di Kilometer 176, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampira­n persimpang­an Kampung Melayu Raya di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Superinten­dan Raub Selamat berkata, ketika kejadian, Perodua Viva dinaiki lima individu dipercayai sekeluarga membabitka­n lelaki dan wanita dewasa, masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan serta bayi lelaki dalam perjalanan menuju Johor Bahru dari arah Segamat sebelum hilang kawalan lalu berpusing di tempat kejadian.

Beliau berkata, kereta berkenaan kemudian memasuki laluan bertentang­an sebelum bertembung dengan bas ekspres berkenaan.

“Akibat pertembung­an kuat itu, tiga penumpang iaitu lelaki dan wanita dewasa yang duduk di bahagian depan dan seorang kanak-kanak di bahagian belakang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang kanak-kanak dan bayi lelaki yang duduk di bahagian belakang cedera parah dan dihantar ke Hospital Segamat sebelum kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi,

semalam. Menurutnya, polis masih menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubung­i balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Mohd Aizad Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.11 petang sebelum satu jentera membabitka­n lapan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati tiga mangsa sudah meninggal dunia dengan seorang lelaki dan seorang wanita dewasa tersepit akibat pertembung­an itu.

“Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit sebelum menyerahka­nnya kepada pasukan perubatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TIGA mangsa yang maut di tempat kejadian. KEADAAN kereta yang dirempuh bas ekspres di Kilometer 176, Jalan Johor Bahru-Seremban, semalam.
TIGA mangsa yang maut di tempat kejadian. KEADAAN kereta yang dirempuh bas ekspres di Kilometer 176, Jalan Johor Bahru-Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia