Harian Metro

Bapa cedera dipukul anak lambat makan

-

Parit Buntar: Hanya kerana lambat menghantar makanan, seorang warga emas cedera di kepala dan tangan akibat dipukul anaknya dalam kejadian di Kampung Parit Haji Yusof di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian jam 11.10 pagi, polis menerima laporan seorang lelaki bertindak agresif memukul bapanya berusia 71 tahun.

Menurutnya, lelaki berusia 37 tahun memukul mangsa dengan sebatang kayu menyebabka­n mangsa luka di kepala, bengkak jari manis dan kelingking serta bengkak di pergelanga­n tangan kanan.

“Difahamkan, lelaki itu bertindak agresif kerana ahli keluargany­a lambat memberi makan pada hari kejadian.

“Hasil siasatan mendapati lelaki terbabit kurang siuman dan pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Taiping dan Tanjung Rambutan,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, kali terakhir lelaki itu mendapatka­n rawatan adalah pada 8 Disember lalu di Klinik Kesihatan Sungai Kota Tanjung Piandang di sini, untuk rawatan psikiatri.

Katanya, lelaki itu sering bertindak agresif dan memukul ahli keluargany­a setiap kali selepas mendapat suntikan rawatan psikiatri.

“Bapanya turut memaklumka­n sudah tidak tahan dengan sikap anaknya dan tidak mampu untuk menjaganya lagi selain berasa takut dan tidak selamat untuk tinggal bersama.

“Sehingga kini, mangsa masih dirawat di Hospital Taiping akibat kecederaan yang dialami,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, kes dianggap selesai susulan mangsa dan ahli keluarga enggan memanjangk­an perkara itu memandangk­an keadaan lelaki terbabit yang kurang siuman.

 ??  ?? WARGA emas cedera di kepala dipukul anaknya yang kurang siuman.
WARGA emas cedera di kepala dipukul anaknya yang kurang siuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia