Harian Metro

Letupan sebelum bas pelancong terbakar

-

Batu Pahat: Tindakan pantas pemandu bas persiaran berhenti sejurus mendengar letupan menyelamat­kan 34 penumpang apabila kenderaan itu terbakar di Kilometer 99.9, Lebuhraya PLUS berhampira­n susur keluar Yong Peng di sini, semalam.

Pemandu bas berkenaan, Kanusi Mohd Yusoff 47, berkata, dalam kejadian jam 11 pagi, dia mulanya terdengar bunyi letupan sebelum berhenti dan memeriksa kenderaann­ya.

Menurutnya, tiada percikan api dikesan namun tidak lama kemudian asap keluar, sekali gus memaksanya mengarahka­n semua penumpang turun dan mengambil bagasi masing-masing.

“Keadaan terkawal dan tidak lama selepas itu api mula marak. Mujur tiada sesiapa cedera.

“Sebelum kebakaran, suhu enjin semua baik dan saya mengesyaki mungkin berlaku sesuatu pada enjin tetapi tidak pasti,” katanya, semalam.

Katanya, bas berkenaan membawa pelancong warga Indonesia dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan semua penumpang selamat dipindahka­n ke bas lain dan meneruskan perjalanan ke destinasi sejam kemudian.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng Nazari Keling berkata, tiga jentera termasuk dari BBP Ayer Hitam bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi.

“Bas persiaran itu terbakar 100 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? BAS persiaran yang terbakar di Kilometer 99.9, Lebuhraya PLUS berhampira­n susur keluar Yong Peng, semalam.
BAS persiaran yang terbakar di Kilometer 99.9, Lebuhraya PLUS berhampira­n susur keluar Yong Peng, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia