Harian Metro

Momen ternilai Syamsul Yusof

-

Kuala Lumpur: Pengarah Syamsul Yusof, 33, mengakui kehadiran anak, Syaikhul Islam, lapan bulan, sering membuatkan dia ‘terganggu’ untuk bekerja.

Setiap kali berada di pejabat, dia asyik memikirkan anak dan ingin segera pulang.

Katanya, dia kini bahagia menjalani kehidupan berkeluarg­a.

“Alhamdulil­lah, kehadiran Syaikhul menambahka­n lagi kebahagiaa­n rumah tangga bersama isteri. Naluri sebagai bapa sangat kuat hinggakan setiap kali hendak keluar bekerja rasa sangat berat.

“Apabila berada di pejabat, saya selalu fikirkan anak. Sebab saya tahu waktu bangun dan tidur. Kalau pulang, penat macam mana pun, saya mesti luangkan masa bermain dengannya.

“Saya perlu hargai momen ini. Kalau boleh, saya tidak mahu terlepas walau sesaat. Pendek kata, kehadiran anak sulung menambah lagi kebahagiaa­n rumah tangga kami,” katanya.

Kata Syamsul, selepas isterinya Puteri Sarah bersalin, baru dia faham kenapa wujud peribahasa syurga di bawah tapak kaki ibu.

“Saya tengok Sarah seorang yang kuat semangat. Setiap hari keluar bekerja, saya selalu berpesan jaga anak dengan baik.

“Saya sangat menghargai apa yang dilakukan Sarah untuk keluarga kami. Sudah semestinya sebagai suami, saya sentiasa memberi sokongan kepadanya.

“Dalam masa sama, saya berterima kasih kepadanya kerana menjadi isteri dan ibu yang baik. Sejak berkahwin, dia sangat memahami kerja saya. Walaupun ada ketika saya kena juga pujuk dan ambil hatinya,” katanya.

 ??  ?? SYAMSUL
SYAMSUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia