Harian Metro

Pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000

-

Komunikasi Strategik PTPTN Abdul Ghaffar Yusop berkata, syarat kelayakan bagi mendapat pelepasan taksiran cukai bagi SSPN-i dan SSPN-i Plus dikira berdasarka­n jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Menurutnya, pendeposit mestilah terdiri daripada ibu bapa kandung atau ibu bapa angkat atau penjaga sah yang membuka akaun untuk manfaat anak.

Katanya, ada dua kategori kelayakan iaitu taksiran berasingan yang memberi pelepasan cukai maksimum RM6,000

setahun untuk pendeposit untuk membuka akaun tambahan sebagai perancanga­n kewangan pendidikan tinggi anak-anak.

“Malah, menerusi SSPN-i Plus, pendeposit juga mendapat perlindung­an insurans takaful dan dividen yang kompetitif bermula dengan pakej serendah hanya RM30 sebulan yang dijamin kerajaan.

“Enam pilihan pakej disediakan melalui pelan simpanan ini iaitu daripada serendah RM30 sehingga RM500. Setiap pakej mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian simpanan SSPN-i yang menjadi simpanan tetap setiap bulan dan akan berganda dengan dividen.

“Satu lagi bahagian adalah takaful yang dibayar kepada pengendali takaful dengan premium serendah RM10 hingga RM300 bagi melindungi pendeposit hingga RM1 juta menjadikan pelan simpanan SSPN-i Plus ini adalah yang terbaik,” katanya.

Menurutnya, syarat-syarat untuk membuka akaun SSPN-i Plus perlu warganegar­a Malaysia berusia 18 hingga 64 tahun, manakala penerima manfaat pula warganegar­a Malaysia berusia satu hari hingga 29 tahun.

Orang ramai digesa untuk merebut peluang mendapatka­n keistimewa­an ini khususnya pelepasan taksiran cukai sebelum 31 Disember ini.

Selain itu, PTPTN turut mempunyai progam Cabutan Hadiah khusus untuk pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus melalui Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN yang menawarkan lebih 2,500 hadiah bernilai RM500,000.

Ibu bapa yang mempunyai anak di tahun satu pada tahun ini dan membuka akaun atau membuat tambahan simpanan sama ada di dalam akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus sebanyak RM50 berpeluang memenangi hadiah utama RM10,000 setiap bulan yang tamat Disember ini.

“Secara tidak langsung, ibu bapa bukan sahaja berpeluang menikmati lnsentif Khas Geran Sepadan percuma RM50, malah turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 serta menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia