Harian Metro

Pemain bola sepak wanita 9A

-

Kuantan: “Saya harap dapat mencipta nama sebagai pemain bola sepak wanita profesiona­l suatu hari nanti dengan turut mempunyai pencapaian baik dalam bidang akademik,” kata Har Amrit Kaur Sourjan Singh, 15, selepas memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Akar, di sini, yang diumumkan, semalam.

Lebih manis kejayaan ditempa selepas dia hanya memperoleh keputusan 2A dalam peperiksaa­n percubaan PT3, sebelum ini.

Katanya yang menetap di Air Putih, di sini, walaupun sibuk dengan latihan yang dijalani hampir setiap hari, dia tetap membahagik­an masa untuk mengulangk­aji pelajaran terutama pada waktu lapang.

“Selepas memperoleh keputusan

2A, saya mula memberikan lebih fokus kepada pelajaran dan berusaha sehabis baik. Bila tiba hari perperiksa­an, saya hanya perlu melakukan yang terbaik dan berharap keputusan cemerlang menyebelah­i,” katanya ketika ditemui selepas mengambil keputusan PT3 di SMK

Alor Akar, di sini.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, pembabitan aktif dalam sukan bola sepak tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk cemerlang dalam bidang akademik kerana turut mendapat sokongan keluarga.

Har Amrit Kaur beraksi di posisi penyerang untuk skuad Pahang pernah menyertai kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah di Ipoh, Perak, tahun ini.

Sementara itu, pelajar lain Faiznur Izzati Wan Hamden, 15, yang memperoleh keputusan 10A turut berkongsi rahsia kejayaan apabila menjadikan soalan latihan PT3 dalam ruangan pendidikan di akhbar Berita Harian sebagai platform untuknya mengulangk­aji pelajaran.

Katanya, dia menjadikan akhbar berkenaan sebagai rujukan bacaan, selain mengkaji bentuk soalan diketengah­kan.

“PT3 mengambil kira pelbagai aspek termasuk komunikasi supaya pelajar mempunyai pelbagai kemahiran lain bukan hanya akademik semata-mata,” katanya.

 ??  ?? HAR Amrit dan Faiznur teruja selepas peroleh keputusan cemerlang di SMK
Alor Akar.
HAR Amrit dan Faiznur teruja selepas peroleh keputusan cemerlang di SMK Alor Akar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia