Harian Metro

Cemerlang pinjam buku

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

Kemusnahan buku dan nota ringkas dalam tragedi kebakaran asrama perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di sini, seminggu sebelum peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) tidak menghalang pelajarnya memperoleh keputusan cemerlang.

Berikutan tragedi 28 September itu, pelajar perempuan yang menghuni asrama berkenaan terpaksa meminta bantuan rakan termasuk meminjam bahan bacaan dari sekolah lain.

Penghuni asrama itu, Siti Nabilah Hamzah, 15, antara tujuh pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 7A daripada 71 pelajar yang menduduki peperiksaa­n PT3 di sekolah itu.

Menurutnya, dia dan beberapa rakannya mendapat bantuan kewangan daripada pelbagai pihak yang membolehka­n mereka membeli alat tulis dan buku baru.

“Saya membeli buku latihan dan alat tulis sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaa­n PT3. Malah guru juga memberikan bahan bacaan dan membantu kami mengulang kaji.

“Alhamdulil­lah, kami dapat menjawab peperiksaa­n dengan baik walaupun persiapan

 Tragedi kebakaran tak halang pelajar STIAS peroleh keputusan terbaik peperiksaa­n PT3

kelam-kabut akibat tragedi kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di STIAS di sini, semalam.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkata, peristiwa kebakaran itu menjadi sejarah hitam buatnya.

Rakannya, Siti Muna Izzah Kamaruddin, 15, berkata dia tidak menjangka akan memperoleh keputusan 6A kerana masih trauma dengan tragedi itu selain bukunya turut musnah dalam kebakaran.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan 1 STIAS Mohd Fikri Alimi berkata, seramai 33 pelajar mendapat keputusan cemerlang.

 ??  ?? SITI Nabilah (dua dari kiri) bersama rakannya menunjukka­n keputusan PT3 di STIAS, Rembau.
SITI Nabilah (dua dari kiri) bersama rakannya menunjukka­n keputusan PT3 di STIAS, Rembau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia