Harian Metro

Air mata Nur Izzati

- Malik Muhamad am@hmetro.com.my

Air mata Nur Izzati Azhar menitis kerana keputusan cemerlang 10A yang diraihnya dalam Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) tidak dapat dikongsi bersama bapanya yang meninggal dunia pada 9 November lalu.

Nur Izzati, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara di sini, berasa terkilan kerana arwah bapanya Azhar Abdullah banyak memberi dorongan kepadanya dalam pelajaran sebelum ini.

Dia yang menetap di Kampung Darat Pak Chan di sini, bersama ibunya Hamiza Hamid, 50, berkata bapanya sebelum ini bertugas sebagai anggota polis di Pust Latihan Polis (PULAPOL) Dungun meninggal dunia akibat menghidap diabetes.

“Memang menyedihka­n kerana saya tidak dapat berkongsi kegembiraa­n dengan arwah disebabkan sebelum ini dialah yang menghantar dan mengambil ketika pergi ke sekolah atau kelas tambahan,” kata anak keenam daripada tujuh beradik itu.

Nur Izzati mendedahka­n rahsia kecemerlan­gannya kerana banyak melakukan ulang kaji pelajaran terutama pada waktu pagi.

Menurutnya, waktu dinihari disifatkan­nya adalah masa terbaik untuk memberi fokus kepada pelajaran kerana keadaan sunyi.

Pelajar Muhammad Adib Shauqi Abd Aziz, 15, dari Kampung Seberang Marang di sini, berkata kemiskinan dalam keluarga tidak menghalang­nya berjaya dalam pelajaran.

Menurutnya, kejayaan meraih 10A dalam PT3 menjadi penguat semangat buat dirinya untuk terus cemerlang dalam pelajaran pada masa akan datang.

Muhammad Nazmin Shah Nazri, 15, yang turut menerima keputusan 10A, berkata kecemerlan­gan itu diraihnya

 Pelajar sedih bapa meninggal tak sempat lihat keputusan

hasil berkat kesabaran dan kesungguha­n selepas tiga tahun bertungkus-lumus mentelaah pelajaran.

Sementara itu, Pengetua SMK Tengku Lela Segara, Mat Zulddin Jusoh berkata, empat pelajar meraih 11A, manakala enam meraih 10A dalam keputusan PT3 yang diumumkan.

 ?? FOTO: MALIK MUHAMAD ?? MAT Zulddin (kiri) berbual bersama 10 pelajar cemerlang PT3 sekolahnya.
FOTO: MALIK MUHAMAD MAT Zulddin (kiri) berbual bersama 10 pelajar cemerlang PT3 sekolahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia