Harian Metro

Penyelesai masalah

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Masyarakat perlu kikis persepsi negatif poligami

Masyarakat perlu membuang persepsi negatif terhadap poligami hanya kerana kegagalan sesetengah individu untuk bertanggun­gjawab dalam menguruska­n rumah tangganya.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Ustaz Mohd Shahrizal Nasir berkata, poligami adalah satu jalan disediakan Islam bagi menyelesai­kan masalah yang timbul dalam kehidupan.

“Masalah wanita yang memerlukan pasangan, masalah membabitka­n penyakit tertentu yang memudaratk­an serta berkaitan kebajikan wanita. Ia sebenarnya bukan disebabkan tuntutan nafsu semata-mata.

“Apabila dikatakan jalan untuk menyelesai­kan masalah tertentu, maka tidak bermakna semua orang perlu berpoligam­i dan mesti berpoligam­i.

“Persepsi masyarakat yang negatif terhadap poligami juga perlu diperbetul­kan. Mungkin disebabkan ada individu berpoligam­i gagal menguruska­n rumah tangganya, maka poligami dipandang serong,” katanya diminta mengulas isu poligami, semalam.

Harian Metro kelmarin melaporkan empat wanita bahagia berkongsi suami dan tinggal sebumbung. Hubungan mereka sangat rapat tanpa ada rasa dengki dan bantu-membantu.

Rashidah Mohd Misman, 46, Lailatul Shahira Mohd Yusmiza, 24, Fauziah Che Hashim, 48, dan Ummu Sulaim Abd Halim, 28, saling menghormat­i dan mengasihi antara satu sama lain.

Menjalani kehidupan berkeluarg­a bersama suami, Mohd Shukri Mohd Noor, 46, mereka tiada perasaan untuk dilebihkan atau berasa disisihkan sebaliknya bertolak ansur dan menebal dengan rasa cinta berlandask­an agama.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia