Harian Metro

Diskaun di empat tol sempena Natal

-

Kuala Lumpur: Sempena sambutan Krismas, syarikat lebuh raya di bawah Kumpulan Gamuda mengumumka­n pemberian diskaun tol kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Kuala Lumpur Barat Sdn Bhd (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART).

Ia membabitka­n diskaun 60 sen di LDP dan 20 sen di SPRINT bagi semua kelas manakala 20 sen untuk kelas satu di KESAS bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam, 25 Disember ini.

Pengguna SMART pula akan menikmati diskaun tol 30 sen untuk kelas satu dan kelas empat bermula jam 6 pagi pada hari perayaan hingga jam 6 pagi keesokanny­a.

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) dan SPRINT Sazally Saidi berkata, inisiatif diskaun tol yang diberikan itu akan dinikmati seramai lebih kurang 800,000 pengguna di empat lebuh raya ini.

“Kita menganggar­kan hampir RM300,000 diberikan sebagai insentif atau rebat kepada pengguna sempena sambutan Krismas ini. Semua lebuh raya di bawah Kumpulan Gamuda juga sentiasa memberi diskaun tol dan lain-lain inisiatif semasa perayaan utama di negara ini.

“Untuk kumpulan LITRAK saja iaitu LDP dan SPRINT, hampir 17 juta pengguna sudah menikmati insentif tol yang diberikan dengan jumlah lebih daripada RM11 juta sejak 2010 hingga 2016. Begitu juga dengan pengguna KESAS dan SMART di mana puluhan ribu pengguna sudah menik- mati diskaun tol perayaan yang diberikan,” katanya selepas mengumumka­n pemberian diskaun tol sempena Krismas, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi KESAS, Mohd Shah Samin dan Ketua Pegawai Operasi SMART, Sharifah Alauyah Wan Othman.

Terdahulu, empat syarikat konsesi lebuh raya ini menganjurk­an program amal Kembali Ke Sekolah membabitka­n 90 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Persatuan Kanak-Kanak Disayangi (K.I.D.S) Subang Jaya, Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur dan Sekolah kebangsaan Pulau Indah 2 Klang.

“Bagi menyahut seruan kerajaan yang mana mahu pihak korporat melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat, empat syarikat konsesi di bawah Kumpulan Gamuda ini sentiasa mengadakan majlis seumpama ini,” katanya.

 ??  ?? MAJLIS sambutan Hari Krismas dan penyerahan bantuan persekolah­an anjuran Gamuda di Kompleks Operasi LITRAK, Bandar Sunway.
MAJLIS sambutan Hari Krismas dan penyerahan bantuan persekolah­an anjuran Gamuda di Kompleks Operasi LITRAK, Bandar Sunway.
 ?? Sazally Saidi ?? Kita menganggar­kan hampir RM300,000 diberikan sebagai insentif atau rebat kepada pengguna sempena sambutan Krismas ini”
Sazally Saidi Kita menganggar­kan hampir RM300,000 diberikan sebagai insentif atau rebat kepada pengguna sempena sambutan Krismas ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia