Harian Metro

Usah campur aduk

-

 Malaysia tidak akan sekat pelaburan Amerika Syarikat: PM

Malaysia tidak wajar menyekat pelabur dari Amerika Syarikat (AS) walaupun membuat pendirian menolak dan mengutuk tindakan Presiden Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, negara perlu membezakan antara hubungan yang menguntung­kan dengan sikap pentadbira­n Amerika Syarikat (AS) yang tidak selaras dengan pendirian Malaysia.

“Kita tidak boleh sekat umpamanya pelabur dari Amerika Syarikat daripada melabur di Malaysia semata-mata kerana keputusan Presiden Donald Trump ini,” katanya kepada media Malaysia, semalam.

Beliau diminta mengulas hubungan kedua-dua negara selepas Malaysia menyertai ketetapan Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membuat ketetapan tegas berhubung isu berkenaan.

Najib juga menjelaska­n bukan semua rakyat AS menyokong langkah Trump itu.

Pada masa sama, beliau berharap AS membantu ke arah proses damai dengan menarik semula keputusan mengiktira­f Baitulmaqd­is dan bertanggun­gjawab dalam membantu keamanan berdasarka­n penyelesai­an dua negara.

Najib antara pemimpin yang rapat dengan Trump menjelaska­n rundingan dua hala termasuk pentadbira­n kerajaan AS perlu dilakukan dengan harapan negara itu sedar betapa pentingnya mencari perdamaian yang adil dan saksama.

Persidanga­n itu sebulat suara mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Palestin dan menggesa masyarakat dunia mengambil tindakan sama.

Ia juga mengisytih­arkan tindakan Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel tidak sah dan terbatal dari segi undang-undang dan satu cubaan melemahkan semua usaha damai serta menggalakk­an ekstremism­e dan keganasan.

Pertubuhan yang dianggotai 57 negara anggota termasuk Arab Saudi dan Iran, turut menegaskan semua negara anggota komited kepada ‘satu-satunya penyelesai­an komprehens­if bagi memastikan keamanan’ di wilayah berkenaan.

Mengenai pertemuan dua hala dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II pada akhir persidanga­n, Najib berkata, baginda menegaskan umat Islam perlu bijak dalam menangani isu itu memandangk­an ia boleh disalah tafsirkan masyarakat antarabang­sa dan memburuk imej umat Islam.

“Saya sudah memaklumka­n pendekatan kesederhan­aan boleh memainkan peranan dalam mempamerka­n umat Islam sebagai satu masyarakat yang bertoleran­si dan mampu menerima pendapat membina,” katanya.

Najib juga berkata, pertemuan dua hala itu jelas membuktika­n Jordan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin.

 ??  ?? Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama isteri-isteri pemimpin Pertubuhan Kerjasama Negara
Islam (OIC) mendengar ucapan isteri Presiden Turki,
Emine Erdogan ketika majlis makan
tengah hari di Istana Presiden,
kelmarin. - BERNAMA
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama isteri-isteri pemimpin Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) mendengar ucapan isteri Presiden Turki, Emine Erdogan ketika majlis makan tengah hari di Istana Presiden, kelmarin. - BERNAMA
 ??  ?? NAJIB
NAJIB
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia