Harian Metro

Najib terima anugerah tertinggi Kerajaan Bahrain

-

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menerima anugerah

daripada Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa, hari ini.

Kementeria­n Luar dalam kenyataan semalam menyatakan anugerah itu dikurniaka­n kepada Najib di Istana Shaikh Hamad semasa beliau melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain, bermula hari ini.

“Ia anugerah tertinggi yang dikurniaka­n Kerajaan Bahrain,” kata kenyataan itu.

Semasa lawatan itu, Najib yang akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, dijadual menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Raja Hamad.

Perdana menteri dan isteri juga dijadual menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Putera Mahkota, Timbalan Pemerintah Tertinggi dan Timbalan Perdana Menteri Pertama Bahrain Putera Salman Hamad Al Khalifa di Istana Ghudaibiya pada Sabtu.

Menurut Kementeria­n Luar sebelum menghadiri majlis jamuan itu, Najib dan Rosmah dijadual menghadap Putera Salman.

“Pada lewat tengah hari itu, perdana menteri dan isteri akan menghadiri upacara sambutan Hari Kebangsaan Bahrain di Istana Sakhir dengan Raja Ahmad dijadual turut berangkat hadir,” kata kenyataan itu.

Kementeria­n Luar berkata, lawatan itu akan mengeratka­n lagi hubungan jalinan persahabat­an sedia ada antara Malaysia dan Bahrain.

Jumlah dagangan Malaysia-Bahrain dari Januari hingga September tahun ini ialah RM805.73 juta, manakala jumlah eksport mencapai RM389.10 juta dan jumlah import pula RM416.63 juta.– BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia