Harian Metro

Jumlah penagih terus meningkat

-

Kuala Lumpur: Jumlah penagih dadah di negara ini terus meningkat dan seramai 30,844 penagih dikesan sepanjang 2016.

Jumlah itu membabitka­n peningkata­n 4,176 penagih daripada 26,668 penagih yang dikesan pada 2015 dan peningkata­n 4,891 daripada 21,777 penagih pada 2014.

Timbalan Menteri Dalam Negeri datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, statistik penagih 2017 bermula Januari hingga September tahun merekodkan 18,619 penagih dan angka itu masih meningkat sehingga kini.

Katanya, peningkata­n penagih berikutan pengenalan dan pengedaran dadah jenis sintetik berbentuk pil yang lebih mudah diseludup masuk ke negara ini.

“Peningkata­n jumlah penagih dadah berlaku kerana wujudnya rangkaian pengedaran dadah sintetik yang mudah diseludup masuk, tetapi sukar dikesan.

“Dadah sintetik kebanyakan tiada bau kerana hasil campuran kimia. Jadi, memang sukar mengesan penyeludup­an dadah ini,” katanya pada sidang media di Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, sehingga kini juga, hampir 60,000 penagih ditahan dan ditempatka­n di pusat pemulihan dadah.

Pada sidang media sama, Nur Jazlan turut mempelawa orang ramai menyertai Perhimpuna­n Agung tahunan PEMADAM Kebangsaan Ke-42 yang diadakan Ahad ini di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Katanya, perhimpuna­n itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bakal disertai 2,000 peserta daripada pelbagai agensi penguatkua­saan terbabit memerangi dadah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil institusi pengajian tinggi serta wakil PEMADAM daerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia