Harian Metro

Lubuk barang tiruan diserbu

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 KPDNKK rampas pelbagai beg ciplak di empat kedai di Jalan Petaling

Empat premis di Jalan Petaling di sini, yang menjadi lubuk perniagaan barangan berjenama tiruan diserbu penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), petang kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, KPDNKK merampas pelbagai produk di premis berkenaan dianggarka­n bernilai RM3,810.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mhd Yusof W Taib berkata, pihaknya menerima aduan syarikat pengeluar berhubung aktiviti empat premis itu dipercayai menjual produk tiruan menggunaka­n jenama syarikat berkenaan.

“Seramai 12 anggota dan pegawai terbabit dalam operasi ini yang dipecahkan kepada empat kumpulan dan bagi melancarka­n serbuan, wakil pihak cap dagang turut hadir.

“Pemeriksaa­n di premis pertama merampas sembilan beg menggunaka­n jenama MCM dianggarka­n bernilai RM270 manakala di premis kedua menemui 157 beg tiruan jenama Channel dengan nilai dianggarka­n RM1,710,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n di premis ketiga berjaya merampas 55 beg jenama Channel dianggarka­n bernilai RM1,650 dan premis keempat menemui lima beg menggunaka­n jenama MCM.

“Pemilik dan pekerja premis diambil rakaman percakapan sebagai tindakan susulan manakala semua barangan yang disita dibuat pengecaman oleh wakil cap dagang.

“Jumlah keseluruha­n beg yang dirampas adalah sebanyak 226. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan,” katanya.

 ??  ?? PENGUAT kuasa KPDNKK menyerbu empat premis
di Jalan Petaling dan merampas 226 beg tiruan.
PENGUAT kuasa KPDNKK menyerbu empat premis di Jalan Petaling dan merampas 226 beg tiruan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia