Harian Metro

Norasmira tampil buat laporan

-

Kuala Terengganu: Wanita yang gambar dirinya dan anak perempuann­ya ditularkan pihak tertentu di laman sosial Facebook untuk memohon bantuan kewangan tampil membuat laporan polis, petang kelmarin.

Laporan itu dibuat Shuhaila Norasmira Mohd Shukri, 27, di Balai Polis Paka kira-kira jam 6 petang selepas gambarnya dua beranak itu tular pagi kelmarin.

Menurutnya, dia mendakwa laporan polis terpaksa dibuat kerana mendapati ada pihak menyalahgu­nakan gambar terbabit bagi kepentinga­n peribadi dengan cara menipu orang ramai supaya menghulurk­an sumbangan wang tunai.

“Gambar yang dirakam pada 2014 selepas kami terbabit dalam kemalangan itu digunakan tanpa kebenaran saya dan ahli keluarga,” katanya.

Semalam dilaporkan Shuhaila terkejut selepas gambarnya dan anak perempuann­ya, Dhia Dhalieya Mohamad Nor, 3, tular di akaun FB Berita Harian Online Malaysia bagi meraih simpati untuk memohon bantuan RM73,000 untuk menampung pembedahan seorang kanak-kanak.

Wanita tu mendakwa dia tidak menyangka ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap gambar itu walaupun anaknya kini sudah sihat.

Menerusi status yang dimuat naik itu, tiga gambar Dhia termasuk sekeping menunjukka­n Shuhaila meriba anaknya digunakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungan Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacub mengesahka­n pihaknya menerima laporan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia