Harian Metro

Kesedaran Muamalah Islam masih rendah

-

Putrajaya: Kesedaran mengenai Muamalah Islam dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah dan ia perlu didedahkan secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penjelasan lebih jelas berhubung perkara ini boleh diadakan dengan bantuan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melalui institusi masjid.

“Masyarakat Islam hari ini lebih cenderung kepada sistem pelaburan yang tidak mematuhi syariah dan bersifat mendapat keuntungan segera dan terkeluar daripada prinsip Islam.

“(Justeru) pencerahan perlu dilakukan segera supaya mereka faham dan perkara ini boleh diadakan dalam bentuk mudah serta santai bagi menarik minat masyarakat,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an Anugerah Pertanding­an Video Pendek Cinta Muamalah 2017 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini, semalam.

Turut hadir Yang Dipertua YADIM Dr Yusri Mohamad dan Pengurus Besar Yayasan Taqwa, Zabidi Nasan.

Asyraf Wajdi berkata, ia boleh diadakan di masjid ketika mengisi masa selepas solat Maghrib sehingga Isyak.

Menurutnya, walaupun negara menjadi peneraju kepada sistem perbankan dan takaful Islam, namun ia lebih banyak digunakan golongan bukan Islam berbanding masyarakat Islam sendiri.

“Perkara ini berlaku kerana golongan bukan Islam lebih yakin serta memahami mengenai kebaikan sistem ini,” katanya.

Sementara itu, pertanding­an Video Pendek Cinta Muamalah 2017 diadakan bertujuan mendidik masyarakat mencintai muamalah dan ia adalah lanjutan daripada penganjur program yang sama pada tahun lalu.

Sebanyak 111 penyertaan dalam kategori Takaful dan Pelaburan Islam diterima.

Suhu sejuk melampau dan keadaan sentiasa berangin antara cabaran yang bakal ditempuhi penjelajah negara, Muhammad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in dalam menamatkan misi penjelajah­an ke titik kosong darjah di Kutub Selatan untuk bergelar Penjelajah Grand Slam.

Muhammad Muqharabbi­n atau Qobin, 36, berkata, cuaca yang sukar diramal bakal menjadi cabaran utama dalam misi anjuran Kelab

 ??  ?? QOBIN bersama penyokongn­ya sebelum berlepas ke Kutub Selatan untuk misi penjelajah­an ke titik kosong darjah di KLIA, semalam.
QOBIN bersama penyokongn­ya sebelum berlepas ke Kutub Selatan untuk misi penjelajah­an ke titik kosong darjah di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia