Harian Metro

Misi terbaru Qobin

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 Jelajah Kutub Selatan untuk bergelar Penjelajah Grand Slam

Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dinamakan Ekspedisi KE7B Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 itu.

Malah, katanya, beliau terpaksa berski sejauh 25 kilometer (km) sehari bagi menamatkan penjelajah­an berkenaan.

“Kelajuan angin antara 20 hingga 30 kilometer sejam (km/jam) sudah boleh menjejaska­n penjelajah­an, malah sekiranya cuaca buruk melanda misi terpaksa ditangguh kira-kira seminggu atau lebih.

“Bagaimanap­un, saya berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan saya dalam menamatkan misi penjelajah­an ini sekali gus menyumbang jasa kepada negara,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Muhammad Muqharabbi­n merangkap Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) berkata, beliau berlepas ke Perancis semalam dan transit di negara itu sebelum ke Punta Arenas, Chile bagi menjayakan misi berkenaan.

“Tiada apa yang saya harapkan, cuma doa dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia supaya misi ini dapat ditamatkan dengan berbekalka­n latihan sebelum ini.

“Sekiranya berjaya, saya akan menjadi rakyat Malaysia pertama, warga Asia Tenggara kedua dan umat Islam ketiga selain 70 individu terawal menamatkan misi yang diiktiraf badan eksplorasi sebagai Penjelajah Grand Slam,” katanya.

Menurutnya, ekspedisi sebenar akan bermula pada 19 Disember ini dan dijangka berakhir pada 27 Disember yang mengambil masa sembilan hari.

“Saya akan berlepas dari Union Glacier, Antartika dengan menaiki helikopter menuju ke titik satu darjah bagi memulakan ekspedisi berski ke titik kosong darjah Kutub Selatan sejauh 120 km,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia