Harian Metro

KETUM TAHAN SAKIT Ada pemohon ‘te

-

Subang Jaya: Lebih 500 belia lepasan sekolah dan universiti menghadiri temu duga terbuka Rapid Rail, Prasarana Malaysia Berhad di Stesen LRT Putra Heights, semalam.

Meskipun hanya dua jenis jawatan yang ditawarkan iaitu pegawai stesen dan pegawai transit untuk perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan Transit Aliran Masa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang, sambutan yang diterima begitu menggalakk­an.

Begitupun, menurut jurucakap Prasarana, sebahagian daripada permohonan terpaksa ditolak kerana pemohon tidak memiliki lesen memandu dan ada juga yang ‘terlebih layak’.

“Jawatan berkenaan terbuka kepada mereka yang memiliki Diploma serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja.

“Pemohon perlu melalui sesi penapisan untuk ujian mata dan dokumentas­i, ujian tulisan Bahasa Inggeris, personalit­i dan IQ sebelum ditemuduga oleh pegawai Rapid Rail dan Divisyen Modal Insan,” katanya.

Salah seorang yang turut mencuba nasib adalah graduan bidang kejurutera­an Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirah Alias, 27.

Menurut Amirah, dia menyertai temu duga berkenaan untuk mencuba nasib mendapatka­n pekerjaan yang sesuai dengan kelulusann­ya.

“Saya mahu mempraktik­kan apa yang dipelajari di universiti dan sebagai pengguna setia LRT, jawatan ini sememangny­a sesuai untuk saya,” katanya.

 USM buat kajian potensi sebagai ubat rawat penagihan dadah

 ??  ?? BELIA yang hadir bagi temu duga Rapid Rail di Stesen LRT Putra Heights.
BELIA yang hadir bagi temu duga Rapid Rail di Stesen LRT Putra Heights.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia