Harian Metro

Tak terlepas tindakan undang-undang!

-

Kuala Lumpur: Mereka yang memiliki waran tangkap dikeluarka­n polis trafik tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT)

Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahaya berkata, pihaknya sentiasa komited dalam usaha mengesan individu yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap melalui Operasi Waran Tangkap (Ops Warta).

“Peningkata­n jumlah individu yang ditahan dalam operasi ini menunjukka­n bahawa tahap kesedaran pesalah trafik dalam menjelaska­n saman tertunggak masih lagi rendah memandangk­an bilangan waran tangkap direkodkan adalah tinggi.

“Justeru, kami akan menjalanka­n Ops Warta secara berterusan dengan melaksanak­an sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di laluan utama sekitar ibu negara untuk mengesan mereka yang memiliki waran tangkap kerana kesalahan trafik,” katanya.

Dalam tempoh tiga hari bermula Selasa lalu, seramai 52 pesalah berusia antara 20 hingga 50an yang mempunyai waran tangkap akibat gagal membayar saman trafik terus diheret ke Mahkamah Trafik Jalan Duta sejurus diberkas.

Semua mereka dicekup melalui Ops Warta oleh lima pegawai dan 44 anggota dengan diketuai Pegawai Turus Pengurusan Saman JSPTKL, Asisten Superinten­dan Dzulkarnae­n Hardy Abd Rahman.

Beliau berkata, semua individu ditahan selepas kenderaan dipandu dikesan menggunaka­n alat peranti sistem pembayaran kompaun dalam talian mudah alih (MCOPS).

“Jumlah tangkapan dalam operasi selama tiga hari minggu ini membabitka­n 52 individu yang membabitka­n 114 waran tangkap. Bagaimanap­un, hanya 19 yang didakwa ke mahkamah, manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan polis berikutan masalah teknikal sebelum diberikan tarikh baru untuk sebutan kes.

“Penahanan itu adalah tindakan wajar berikutan sikap culas mereka yang enggan membayar saman tertunggak menyebabka­n ada di antara individu ditahan memiliki hingga 13 waran tangkap atas kesalahan berkenaan,” katanya.

Individu yang didakwa boleh dikenakan denda bagi setiap pertuduhan.

Zulkefly berkata, selain penahanan individu itu, pihaknya turut mengeluark­an 180 notis saman membabitka­n pelbagai kesalahan dalam operasi itu.

“Kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar dan menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu di lokasi berkenaan.

“Kami turut mengesan sebuah kenderaan yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu yang diambil tindakan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? OP Warta yang dijalankan Polis Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun HS Lee.
OP Warta yang dijalankan Polis Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun HS Lee.
 ??  ?? PERINCIAN teliti diambil menggunaka­n gajet MCOPS bagi mengesan pengguna jalan raya yang mempunyai waran tangkap.
PERINCIAN teliti diambil menggunaka­n gajet MCOPS bagi mengesan pengguna jalan raya yang mempunyai waran tangkap.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia