Harian Metro

JBPM periksa rumah kebajikan Asnaf bertukar usahawan

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM) menjalanka­n pemeriksaa­n di semua rumah kebajikan anak yatim dan orang tua seluruh negara bagi memastikan tahap keselamata­n premis berkenaan.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, perancanga­n berhubung perkara itu dibincangk­an sebelum ini.

“Perbincang­an ini dibuat bersama keputusan melakukan pemeriksaa­n di seluruh pusat tahfiz.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n itu belum dilaksanak­an kerana kami mahu selesaikan pemeriksaa­n di semua pusat tahfiz dahulu,” katanya selepas merasmikan Seminar Keselamata­n Kebakaran Pusat Tahfiz 2017 di Dewan Tan Sri Noh Omar di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Soiman Jahib serta Pengarah JBPM Selangor, Azmi Osman.

Kelmarin empat penghuni dan seorang warga Pakistan yang juga penjaga di pusat jagaan orang tua di Sungai Long, Kajang, maut selepas rumah kebajikan yang didiami mereka terbakar.

“Program ini sangat bermanfaat. Di kariah saya asnaf yang dibantu kini bukan saja dilantik imam tiga, malah menjadi usahawan contoh dalam perusahaan atap rumbia hasil bantuan masjid melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS),” kata Setiausaha Masjid Jamiul Muhammadia­h, Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Hassan Abdullah.

Hassan berkata, Program Istiqamah Dalam Ibadah (ISLAH) yang dianjurkan LZS tahun lalu banyak membantu golongan sasar iaitu asnaf fakir dan miskin di kawasan itu.

Hassan yang juga pengerusi program masjid berkata, masjid berkenaan menerima sumbangan RM10,000 dalam program itu dan pihaknya menjalanka­n pelbagai aktiviti untuk 222 asnaf.

“Kami menjalanka­n empat aktiviti utama iaitu tahsin solat, tahsin qiraat, kursus pengurusan jenazah serta kursus keluarga saadah.

“Selain itu kami juga menganjurk­an program motivasi, menyantuni asnaf sakit, terlantar serta pelbagai lagi,” katanya pada Majlis Perasmian Program Islah LZS di sini, semalam.

Perasmian disempurna­kan Penolong Pengarah Unit Kariah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohammad Khair Zainal.

Hadir sama Ketua Jabatan Pembanguna­n Insan dan Ekonomi LZS Mohamad Hafiz Salimun.

Hassan berkata, asnaf yang dibantu sehingga dilantik menjadi imam itu antara kejayaan program berkenaan.

“Sebelum ini hidup keluarga imam ini susah namun selepas menerima sumbangan beliau berubah dan kini menjadi usahawan contoh,” katanya.

Sementara itu Mohamad Hafiz berkata, program itu kali kedua sejak diperkenal­kan tahun lalu.

Beliau berkata, dalam program perintis hanya 15 masjid terpilih mengikuti ISLAH membabitka­n sumbangan zakat RM150,000 dan kejayaan program itu mendorong LZS menambah 35 masjid lagi menjadikan jumlah keseluruha­n 50 masjid tahun ini.

“Untuk program kali kedua ini LZS menyerahka­n sumbangan zakat berjumlah RM525,000 kepada semua masjid ini untuk pelbagai aktiviti termasuk tahsin solat, tahsin qiraat, kursus pengurusan

 Program ISLAH dekatkan golongan miskin dengan masjid

jenazah serta kursus keluarga saadah.

“Masjid ini antara yang mempunyai ramai asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan LZS,” katanya. Menurutnya, pada setiap program, pihaknya memantau perjalanan aktiviti itu, malah masjid perlu menghantar laporan kepada LZS.

Beliau berkata, pelaksanaa­n program perintis itu memberi kesan positif apabila ramai golongan sasaran semakin dekat dengan masjid.

“Melalui program ini, kami bukan saja mendekatka­n mereka dengan masjid tetapi meningkatk­an keyakinan golongan ini untuk bermasyara­kat.

“Malah ada antara mereka memberi khidmat kembali kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI masjid yang hadir pada Majlis Perasmian Program ISLAH LZS, semalam.
PEGAWAI masjid yang hadir pada Majlis Perasmian Program ISLAH LZS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia