Harian Metro

‘Saya mohon ampun’

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

 Bekas doktor mengaku hina Agong didenda RM10,000

Bekas doktor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri (PM), tahun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Shariman Sharir Omar, 39, selaku orang kena saman (OKS) selepas lelaki itu mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

OKS yang berkelulus­an dalam bidang perubatan dari universiti luar negara turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain melalui akaun Facebook Mohd Shariman Omar pada jam 11.42 malam, 11 Oktober 2016.

Pautan itu dibaca di tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini, pada jam 11 pagi, 21 April lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mohd Sophian Zakaria manakala OKS diwakili peguam Adlizan Noor.

Terdahulu, Adlizan dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan hukuman ringan kepada anak guamnya atas alasan OKS sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

“OKS merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan memohon ampun,” katanya.

Dalam rayuannya, Adlizan memberitah­u mahkamah OKS sebelum ini pernah mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dalam bidang perubatan di luar negara.

“OKS pulang ke negara dan berkhidmat sebagai doktor namun tidak dapat meneruskan perkhidmat­an kerana mentalnya agak terganggu dan tertekan.

“Susulan itu, OKS perlu membayar semula kepada JPA kira-kira RM1 juta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia