Harian Metro

Lelaki tak mengaku buat komunikasi jelik di Facebook

-

Seorang penyelia pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri menerusi akaun

tahun lalu. Muhammad Amirul Helmy Hisham, 23, selaku orang kena saman (OKS) bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik sifat dengan niat menyakitka­n hati orang lain menggunaka­n akaun

Amirul Helmy pada jam 10.23 pagi, 18 November 2016.

Pautan itu dibaca di tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini, pada jam

>>OKS pernah mendapat biasiswa JPA dalam bidang perubatan di luar negara

9 pagi 17 Februari lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) dan boleh dihukum mengikut seksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mohd Sophian Zakaria manakala OKS diwakili peguam Adlizan Noor.

Mahkamah membenarka­n OKS diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia