Harian Metro

Duduk semeja bantu rakyat

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bawa NGO, pakar bincang usaha tangani kos tinggi

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang ditubuhkan kerajaan Sabtu lalu akan turut dianggotai pakar daripada bidang tertentu seperti ekonomi, pengangkut­an dan pendidikan serta badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pelantikan pakar dan NGO dalam majlis ini perlu supaya semua pihak boleh duduk bersama dan berbincang mengenai usaha menangani kos sara hidup.

“Mereka boleh membantu kita menangani faktor menyebabka­n inflasi dan dari segi kepengguna­an sebab itu kami bawa NGO dan pakar dalam majlis ini.

“Semalam (kelmarin) saya membentang­kan perkara ini (penubuhan majlis) dalam mesyuarat Kabinet, tetapi saya tidak memaklumka­n mengenai terma rujukannya lagi.

“Jadi, semua terma rujukan ini akan saya bawakan pada minggu pertama Januari tahun depan sebelum mengumumka­n tarikh mesyuarat pertama majlis ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan KPNDKK di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, Hamzah menyampaik­an anugerah kepada empat pegawainya sempena sambutan Hari Integriti Peringkat kementeria­n.

Hamzah berkata, majlis dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, manakala beliau dilantik sebagai Setiausaha.

Katanya, kedudukan Jawatankua­sa Kabinet Menangani Kos Sara Hidup ketika ini diumumkan kemudian.

Sabtu lalu, Hamzah mengumumka­n kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup bagi membantu mengurangk­an bebanan rakyat berhadapan kos sara hidup tinggi.

Beliau dipetik sebagai berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO memberi kelulusan penubuhan majlis itu yang dicadangka­n wakil Pemuda UMNO Jamawi Jaafar pada Perhimpuna­n Agung Umno 2017.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia