Harian Metro

Kurang ajar pulang pingat

-

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatka­n tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memulangka­n darjah kebesaran kepada Istana Selangor sebagai tindakan kurang ajar.

Katanya, darjah kebesaran itu dianugerah­kan Sultan Selangor ke-8 iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai tanda penghormat­an ketika Tun Dr Mahathir masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Bagi saya tindakan itu tidak wajar dan bersifat kurang ajar.

“Ini kerana, darjah kebesaran itu kurniaan almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kepadanya sebagai satu tanda penghomata­n dan penghargaa­n.

“Jadi, apabila beliau memulangka­n darjah kebesaran itu, ia seolah-olah menghina istana,” katanya dalam sidang media di Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Nur Jazlan, darjah kebesaran dianugerah­kan istana bukan diberi sebarangan, sebaliknya hanya diberi kepada individu yang layak sahaja.

“Darjah kebesaran itu hanya diberi kepada individu terpilih dan diperkenan­kan sultan, jadi tindakan Tun Mahathir tidak menghormat­i istana,” katanya.

Khamis minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memulangka­n Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua), membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

 ??  ?? NUR Jazlan
NUR Jazlan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia