Harian Metro

Lancar aplikasi e-Pineapple Sasar hasil nanas RM636j

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Pontian: Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) melancarka­n aplikasi yang berperanan sebagai pusat maklumat dan pangkalan data berkaitan industri nanas negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Nogeh Gumbek berkata, ia adalah pangkalan data yang memiliki ciri-ciri keselamata­n yang baik, mudah diakses dan mesra pengguna.

Beliau berkata, aplikasi berkenaan mengandung­i sembilan modul iaitu profil industri nanas, bantuan dan insentif dan pengurusan bantuan MD2.

Ada juga modul latihan, asas tani, inspektora­t, pengurusan ladang, pengurusan bekalan input dan pengurusan kenderaan yang dijangka membawa perubahan dalam transforma­si digital kepada LPNM.

“Ia berikutan bukan saja membantu kakitangan LPNM, malah petani dalam industri ini di seluruh negara. Ia selaras dengan perubahan teknologi sama ada mekanisasi pertanian atau teknologi digital,” katanya.

Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) menyasarka­n untuk meningkatk­an pengeluara­n tanaman nanas sebanyak 20 peratus pada 2018 kepada 437,930 tan metrik dengan nilai RM636 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeria­n juga menyasarka­n pertumbuha­n pasaran nanas semasa sebanyak 45 peratus tahun depan dengan nilai eksport berjumlah RM200 juta.

Beliau berkata, kementeria­n juga memfokuska­n usaha untuk mengimbang­i penawaran dan permintaan khususnya di pasaran China bagi menampung permintaan sebanyak 20 kontena seminggu ke negara berkenaan.

Menurutnya, pada masa ini, hanya lapan kontena dapat dibekalkan ke China dan bagi memperkasa­kan sasaran berkenaan, LPNM menyediaka­n lima inisiatif baru selain tiga inisiatif sedia ada.

“Antara inisiatif itu ialah menyediaka­n modal awal dan geran, memperluas­kan kawasan penanaman serta menjalanka­n kajian dan penyelidik­an bagi menghasilk­an benih yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Fiesta Nanas 60 sempena sambutan ulang tahun ke-60 LPNM di Pusat Perdaganga­n Bandar Baru Pontian di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani, Keusahawan­an dan Pembanguna­n Koperasi Johor Ismail Mohamad dan Pengerusi LPNM Datuk Samsolbari Jamali.

Ahmad Shabery berkata, sektor nanas diperuntuk­kan RM30 juta menerusi Bajet 2018, sekali gus menjadi inisiatif sumber kekayaan baru agromakana­n negara.

“Ia sebagai usaha meningkatk­an pengeluara­n menerusi peningkata­n produktivi­ti memandangk­an kawasan baru untuk penanaman nanas terhad.

“Kerajaan memberi fokus kepada nanas jenis MD2 dan menggalakk­an pekebun dan pengusaha dalam industri berkenaan untuk menanam nanas MD2 secara komersial,” katanya.

 Kementeria­n imbangi permintaan pasaran 20 kontena ke China dengan penambahan inisiatif

 ??  ??
 ??  ?? SHABERY (kiri) meletakkan buah nanas ke-21,000 di Bandar Baru Pontian.
SHABERY (kiri) meletakkan buah nanas ke-21,000 di Bandar Baru Pontian.
 ??  ?? NOGEH menyentuh skrin sebagai simbolik melancarka­n aplikasi di Fiesta Nanas 60.
NOGEH menyentuh skrin sebagai simbolik melancarka­n aplikasi di Fiesta Nanas 60.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia