Harian Metro

Pertimbang cadangan

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

 PPM mohon tambah aset bagi banteras jenayah rentas sempadan

Kerajaan diminta mempertimb­angkan cadangan penambahan aset Pasukan Polis Marin (PPM) seiring dengan cabaran bagi membantera­s jenayah rentas sempadan khususnya membabitka­n kawasan perairan negara.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, PPM berdepan kekangan dalam aspek penguatkua­saan berikutan kekurangan beberapa aset penting termasuk bot bersaiz besar.

Beliau berkata, meskipun kawasan wilayah di bawah kendalian PPM membabitka­n 12 batu nautika saja, bot berkenaan dapat digunakan bagi membantu penugasan lebih lama di lautan terutama di perairan Sabah yang sering dijadikan lokasi tumpuan jenayah.

“PPM kekurangan aset seperti ini yang mana ia diperlukan dan dapat memperkasa­kan peranan pasukan ini membantera­s kegiatan jenayah di perairan negara.

“Cadangan dihantar ke Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan berharap ia dapat diluluskan segera,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Markas PPM Pelabuhan Klang di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am) KDNKA Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof dan Komander PPM Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Abdullah.

Dari Januari sehingga November lalu, PPM membuat tangkapan terhadap 4,000 pesalah jenayah membabitka­n nilai rampasan lebih RM77 juta.

 ?? FOTO: ROSLIN MAT TAHIR ?? ZULKIFLI menaiki Kapal Peronda PT2 ketika melakukan lawatan kerja ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang.
FOTO: ROSLIN MAT TAHIR ZULKIFLI menaiki Kapal Peronda PT2 ketika melakukan lawatan kerja ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia